Masa

Assalamualaikum..

Sudah lama rasanya tidak menghupdate belog kesayangan nie..Kekangan masa tidak menginzinkan untuk menghadap belog..Pejam celik pejam celik dah hampir penghujung tahun 2011..Terasa amat cepat masa berlalu meninggalkan kita..Terlalu banyak yang kita lalui dalam menempuh kehidupan seharian..Suka duka, tawa gembira, tangisan dan kegembiraan memberikan kita seribu erti untuk terus melangkah dan melangkah sehingga lah satu masa kita akan ketemui satu destinasi, satu pertemuan dan itulah tempat kita berteduh..

Kadang kala dalam kehidupan kita terlalu banyak onak dan duri yang perlu dilalui..Kesusahan, penderitaan dan kesakitan mengajar kita untuk lebih menghargai nilai sebuah kegembiraan..Kadang kala apabila kesakitan dan penderitaan datang mengetuk pintu kehidupan, kita akan terasa sangat lemah, hilang dalam arus khayalan sendiri..Kadang-kala kita hilang dalam dunia kita sendiri..Hanya satu yang bermain di benak fikiran..Kenapa? Kenapa? dan hanya Kenapa?

Namun, kadang-kadang, kita juga terlupa..Ya, kita sering kali terlupa..Terlupa bila sebuah tangisan datang menjelma, kita terlupa bahawa satu masa nanti kegembiraan juga akan menyahut..Hanya kita yang menjauhi kegembiraan itu..Hanya kita yang sering kali meminggirkan diri..Bukankah setiap kesusahan akan menemui kesenangan pada suatu masa? Bukankah fajar subuh akan menyinsing selepas senja malam menjelma..Dan bukankah juga selepas turunnnya hujan akan muncul pelangi yang indah? 

Di kala kita bersedih, di kala kita merasakan masa meninggalkan kita, dan di kala seluruh dunia tidak bersama kita, ingatlah Dia tidak akan pernah meninggalkan kita walau sesaat..Hanya kita yang sering kali melupakannya di kala senang..Hanya kita yang menjarakkan diri denganNya..Namun, Dia tidak pernah meninggalkan kita..

Wahai orang yang berduka cita, jika kamu percaya bahawa suatu masa kamu akan mati, jika kamu percaya suatu masa kamu akan kembali kepadaNya, kenapa kamu enggan mempercayai takdir dan ketentuan yang telah ditetapkan olehNya untukmu? Kenapa terlalu sukar untuk dirimu menerima ketentuan..Inilah takdir..Inilah ketetapanNya..Bukankah setiap ketetapan itu telah terzahir ketikanya roh ditiupkan ke dalam jasadmu?  Siapa dirimu ingin menghalang ketentuanNya? Ingatlah temanku, perancangan dan ketentuan terbaik hanya datang dariNya..Kembalikanlah jiwa kepada Pencipta mu..kembalikan keabadian hanya untuk mencari cintanya..Berpeganglah kepada rukunNya..Bukankah salah satu rukun iman kita percaya kepada qada dan qadar? Bagaimana kita mengakui bahawa kita beriman denganNya sedangkan ketentuan dan taqdirnya kita pertikaikan..Subhanallah..

Jangan la kita berdukacita dengan apa yang bukan milik kita..Mungkin bukan itu yang terbaik untuk kita dunia dan akhirat..Tiada yang lebih mengetahui melainkanNya..

Mungkin jika kita kehilangan sesuatu, bukan masanya lagi untuk ia menjadi diri kita..Mungkin suatu masa nanti bila kita bersedia, ianya akan kembali pada kita..Dan mungkin juga sesuatu itu senyatanya bukan milik kita dan tidak pernah dan tidak akan menjadi milik kita..

Hiduplah dengan penuh keyakinan..Laluilah kehidupan dengan menyandangkan segala pengharapan hanya kepadaNya..Disana, akan ketemui pelangi yang sangat indah..yang memancarkan segala kilauan dalam kehidupan yang abadi..

Di saat diri terjatuh, disaat kegagalan menerpa, melangkahlah tanpa henti..Melangkahlah sehingga pada suatu masa, kau bertemu dengan tempat berteduhmu..





Comments

  1. Insyaallah...amin. Semoga diberikan kekuatan oleh Allah untuk mengharungi hari2 yg bakal mendatang (^^,)

    ReplyDelete
  2. Sama-sama kita berusaha ke arah yg lebih baik.. ^_^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market