Posts

Showing posts from 2012

Perjuangan hampir ke penghujung

Image
As Salam, Jam menujukkan hampir pukul 11.00 malam dan sy masih berada bersama dengan buku-buku untuk ditelaah. Esok adalah antara hari yang paling sy nantikan sejak dari 4 tahun yang lalu. Esok jam 11 pagi akan tamatnya perjuangan sy sebagai seorang mahasiswa. Dan ya, esok, 28/12/12 jam 8.30 pagi sy akan menduduki peperiksaan untuk subjek terakhir sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian). Berdebar-debar rasanya, gembira, terharu tak dapat nak diungkapkan. Setelah sekian lama mengharungi segala kesusahan menempuhi alam pekerjaan dan belajar dalam satu masa, ianya amat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Satu kepuasan lahir dalam diri dan akan ku buktikan bahawa diri ini juga mampu untuk berjaya, menggengam segulung ijazah.  Mungkin tidak pernah orang lain mengerti betapa hati ini sakit apabila pernah dipandang rendah, dipandang tiada nilai hanya kerana tiada segulung ijazah dalam gengaman. Nilai hatiku hanya dipandang atas dasar segulung kertas ini semata-m

Bila nak siap nih!!

Image
As Salam, Jam dah menujukkan 4.35 petang dan ku masih bergelimpangan dengan fail di atas meja. Bila nak habis la kerja nie weii??! Jam 5.00 nak balik dah. Tak kira. Ehem3..esok cuti ye! Jangan buat3 rajin plak datang kerja. Ahakz!

Kemanisan sebuah ujian

As Salam, Di setiap kelebihan, dititipkan setiap  kekurangan, Di setiap kelemahan, telah dititipkan sebuah kekuatan, Di setiap dukacita, telah dititipkan sebuah senyuman, Di setiap keraguan, telah dititipkan sebuah harapan. Apabila kita telah redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu kepada sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan. Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Namun, Dia akan memberi pelangi di setiap badai, senyuman disetiap air mata, berkah disetiap cubaan dan jawapan di setiap doa. Kita telah diuji dengan sedikit kepahitan untuk merasai sejuta kemanisan. Kadang kala kepahitan yang dirasai tidak dapat diertikan dengan hanya kata-kata. Kerana bila hati dilukai, perasaan dikhianati, jiwa akan menyendiri. Tika itu, kita akan merasakan betapa keseorangan, tiada hala tuju, hilang segala semangat kerana seolah-olah takdir mempermainkan ki

Fantasi Atau Realiti

Image
As Salam, Fantasy becomes a reality! Yeahh.. Selalunye kita akan tengok watak2 fantasi kat tibi je kan. Pernah tak terfikir dioarang nie betul2 wujud ke tak? Check it out!

Petang hari

Image
As Salam, Hari yang sangat redup. Hujan tak berenti3 dari pagi tadi. Ingatkan dah tak hujan sebab tadi nampak cam cerah je langit. Tup3, lebat yang amat. Sejuk3.. SKT dah siap diisi. Fuhh! Lega. Dapat markah berapa la agaknya tahun nie. Bila cek kalendar tadi, baru teringat yang esok ada appointment dengan someone dari company esok. Nasib baik teringat, kalau tak kalut di buat nye nak siapkan folder segala bagai. Thank God! Hari ni lunch kat Secret Resipe. Boleh jalan kaki je, sebab depan USM nie jer. Kalau nak drive, alamatnya tak masuk kerja la sampai sekarang. Jem teramat sangat tau! Nasib baik jugak bawak payung sekali. Time nak  balik, hujan dengan lebatnya melanda bumi KK yang jem terlajok nih. Zira cuti gi melacong kat Langkawi plak time hujan3 nih. Sedih tak dapat jumpa dia hari nie. Ouchh..miss her deeppppply! Hopefully dia dah masuk kerja la esok. Eh, Ariani ada buat sale kan sekarang? Ternampak sign kat depan nie masa nak datang kerja tadi. Fuhhh..hala tuju

Mulakan kerja!

As Salam, Selamat pagi dunia yang indah. Hari ni sy dah stat kerja balik tau. Lepas seminggu bercuti. Wahh.. sangat rindu dengan opis ku! Masuk3 je opis, berlambak fail dan kertas3 atas meja. Fine!  Kat opis hari nie duk kalut isi SKT. Kiranya penilaian tahunan untuk staf gov la. Okeiy, masa untuk bodek bos! Ahakz!! Konon3nya semangat gila la kan nak start buat kerja nih, ali3 perut berbunyi plak dah. Lapar la terrr. Breakfast dulu la sebelum buat kerja, kan tak pasal3 monyok semacam je nanti kan. Nak tunggu lunch lambat lagi woi. Nak makan apa ye lunch jap lagi?? Hurmmm..*plak dah* Dah, jom sambung kerja balik! Nak isi SKT nih. Kan tak pasal3 boleh markah sikit karang. Huahua.. Daaa!

Happy Birthday Brother in Law!!

Image
As Salam, On a special day like this, We just want you to know that  It is really awesome to have a much Cool and lovely brother like you!! Happy birthday to my only one brother in law!! 22.12.2012 May you  have a very special birthday filled with everything your heart desires and may all your birthday wishes come true. We are lucky to have your as our brother in law!! Love, peace and happiness always, Angah, Acik, Adik. Butak and d geng.

Semakan keputusan PMR 2012

Image
As Salam, Juz nak share some info dengan adik3 yang akan amik result PMR esok, 19/12/12. FIY, calon PMR boleh mengambil keputusan peperiksaan bermula jam 10 pagi di sekolah masing-masing. Semakan keputusan peperiksaan jugak boleh disemak melalui mySMS 15888.Perkhidmatan tu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi pada 19 /12/12 sehinggajam 11.59 tengahmalam pada 25/12/12. Cara nak semak boleh tengok kat bawah nih:

Outing with sys!

Image
As Salam, Hari nie keluar jalan-jalan sambil berwindow shopping dengan sys3. Dah lama tak gi jalan3, lepak kat shopping mall. Busy katakan. Hikhik..Actually, tak plan pun nak keluar hari nie, tiba3 jer buat planning pagi3 tadi.  Keluar dalam jam 10 pagi, tak nak bagi jem kan. Kat KB ni kalau musim cuti sekolah jangan duk cakaplah. Jem memanjang.. Fuhhh..nasib baik hari nie jalan agak clear sikit, cuma masa otw balik punye la jem kat area Kubang Kerian, macam ada kenduri plak kat tengah3 jalan. Sampai umah dalam jam 6 petang dah. Puas hati betul merendekkk' hari ni. Mula3 ke KB Mall, lama jugak tak lepak kaki kat sana. Bukan lama sangat pun aihhhh, sebulan je pun. Ahakz!! Tak ramai pagi3 nie, senang sikit nak cuci3 mata tengok baju. Hehe..Ce mai kalau weekend, konpem rimas! Ramai ngat aihhhhh kat sini. Then, bila habis kedai dah dijelajah, merendekk' ke Tesco plak. Menghabiskan minyak kereta adalah motif nombor satu! Kat area Tesco, banyak kedai3 yang best , baju le

Tuhan, Jagakan Dia.

Image
As Salam, Lagu nie memang dah lama. Tapi bila terdengar tadi, tiba3 tersentuh plak hati kecik ku ini. Cewahhh...Jom la layankan je ye.. :D Hanya dirimu yang ku cinta Takkan membuat aku jatuh cinta lagi Aku merasa kau yang terbaik untuk diriku Walau ku tahu kau tak sempurna Takkan membuat aku jauh darimu Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau Tuhan jagakan dia Dia kekasihku ’kan tetap milikku Aku sungguh mencintai Sungguh menyayangi setulus hatiku Walau ku tahu kau takkan sempurna Takkan membuat aku jauh darimu Apa adanya ku kan tetap setia kepadmau Tuhan jagakan dia Dia kekasihku ’kan tetap milikku Aku sungguh mencintai Sungguh menyayangi setulus hatiku Tuhan jagakan dia Dia kekasihku ’kan tetap milikku Aku sungguh mencintai Sungguh menyayangi setulus hatiku Tuhan jagakan dia Dia kekasihku ’kan tetap milikku Aku sungguh sungguh mencintai Sungguh menyayangi setulus hatiku

Jalan jalan petang

Image
As Salam, Hari ni sy cuti tau. Ambik cuti direct minggu nie, akhir3 tahun nie pehabis cuti yang mana ada je la, baki cuti yang ada lagi forward je tahun depan. Mana tahu kot3 nak kahwin ke tahun depan, boleh guna cuti g honeymoon Ye dok? Huahua.. Semalam exam Marketing Strategic. Hurmm..berdebar tunggu result untuk paper nih, kurang konpiden sikit.  Tinggal satu paper je yang belum dihabiskan lagi sebelum tamatkan degree ku. Alhamdullilah, perjalanan dah hampir sampai ke penghujungnya. Hari ni duk kat umah jadi suri rumah sepenuh masa je tau. Haha! Amat3 jarang berlaku! Sampai lah jam 4.30 petang, rasa blur tak tahu nak buat apa. Tengok tibi kan tak da citer best. Adik: Angah, jom pi tutti frutti! Angah: Berehh..jom la, ajak syahmin and d geng sekali! Hehe..Tup3 kuar dengan adik3 g jalan-jalan petang kat tutti. Lama woo tak makan tutti. Rasanya nie kali kedua lepas raya hari itu. Lepas makan jalan-jalan kat KK kejap, singgah watson beli mask muka. Muka dah pelik semacam la

Hujan ohh hujan..

Image
As Salam, Hari nie pagi3 lagih dah hujan lebat .nyaman nye kalau dapat terus beselimut.  Hujan tak berhenti3 sampai la sekarang. Mood nak study makin lama makin menghilang. Sejuk katakan. hikhik..Maybe kat KB dah nak stat musim tengkujuh kot. Lebat jer terus nie, dari semalam lagih.Konpem tokey3 yang jual payung kaya giler time nie kan! ahakz. Kalau ada goreng pisang panas3 nie, mesti best kkan! yummy3. terliur plak dah..

Busy busy busy

Image
As salam, Malam3 semua!! Terasa diri nie sangat3 busy 2 - 3 hari nie. Busy dengan exam lagih, kejap berlambak lagih..Semalam my dad admit ward, sebab supposely dia akan operate next tuesday. Heart operation. But according to doctor plak, result darah dak kondisi nye tak izinkan lagih. So, kena tunggu result this coming 26 dec plak and my dad dah discharge petang tu. Hurmm..I wish all this thing gonna be okaiy, please pray for him. Khamis kelmarin memang kalut jugak. Pagi teman dad kat wad kejap, then study sikit kat library USM before exam petang tuh. Then, ke hospital semula and balik rumah. Fuhh..really tired maa! I sit for Human Resource DEvelopment's paper yesteday. Alhamdullilah, dapat la jawab seposen dua..hehe..result tak tahu la macam mana gamaknya. Hopefully okaiy la. Kalau tak, arghhhhhh!! Tension3 la! @library.. Sekarang dah hampir jam 11.15 malam.Nak sambung study sikit sebelum tido. Lusa ada exam Marketing Management & Strategy. Wish me luck ye! 

Kita Saling Melengkapi

Image
As Salam,  Sy sangat suka dengan ayat saling melengkapi. Ye, kerana saling melengkapi itu adalah lebih baik. Ada di antara kita yang leka mencari sesuatu yang terlalu sempurna dan hanya mengimpikan keindahan luaran semata-mata. Bahagia bukan pada luaran, tapi bahagia di rasai dalam hati. Ada juga diantara kita yang menjadikan sesuatu perkara sebagai ukuran kebahagian. Kerjaya, pelajaran dijadikan alat pengukur untuk menentukan kebahagian kehidupan?? Betapa khilafnya mereka. Tidakkah mereka mengetahui kebahagian diperolehi melalui ketenangan jiwa, keindahan akhlak dan keberkatan dariNya?  Kadang-kala status dijadikan pegangan, gelaran seseorang dijadikan sandaran untuk mencari pasangan hidup. Apakah itu semua menjanjikan kemanisan dalam perhubungan? Apakah dengan gaji si isteri tinggi, gaji suami melimpah ruah menentukan keharmonian perhubungan Apakah duit mampu membeli kebahagian? Konon2nya, jika belajar tinggi2 sampai degree, master mahupun Phd akan saling melengkapi denga

Letak Fungsi Reply Kat Komen

Image
As Salam, Dari semalam lagi cuba nak letak fungsi reply pada setiap kotak komen di blog nie. Punya la banyak kali try yang masukkan kod3 tuh, tak menjadi jugak. Haiihhh..last3 try cari kat setting jer. Rupanye3 boleh buat kat sini jugak. Aisey mann.. Nak jadi macam gini la..jakun punyer pasal kan. Uhuk3.. Cara nak buat terlampau senang jer tau dop.. Mula3 klik Design > Setting  > Post Comment  > Comment > Comment Location > Pilih Embedded > Save setting>>>>>> Tarrarrrrr! Dah jadi. Hehe..Senang jer aihhh.

Exam plak dah..

Image
As salam, Malam nie bukak buku. Hari khamis final exam dah start. Cuti dah apply, study belum khatam. First paper yang akan dibaham ialah Human Resource Development. Takut pun ada jugak, sebab nie dh final. Harap dapat buat yang terbaik nanti. Duk belek3 buku, telinga dapat tertangkap bunyi lagu dato ct dan hafiz. Eh, adam dan hawa dan stat ke? Hahhhh, sudahhhhh! Tak pe tak pe, tengok buku tapi jeling3 sikit kat tibi. Sikit je pun aihhh..hikhik.. Published with Blogger-droid v2.0.9

Ways to treat your parents [Gambar]

Image
As Salam,  Just to share..