Thursday, November 1, 2012

Menghabiskan masa

As Salam,

Arghhhhh! Sangat membosankan la..nak tido mata tak mengantuk, nak tengok tibi tak ada cerita yang best plak malam ni. Tadi sempat layan movie Ghost Roder yang entah keberapa puluh kali dah nengok nye..Tak pe lah..layan je laaaa..

Esok pagi sy ada kelas kat OUM - Open University Malaysia. Second class before final..Uhuk3..dah nak final ke? Fulaweiii..*jantung gua berdenyut kencang bagai tengok si pakwe kat depan*

Semester ni sy perlu siapkan tiga assingment yakni* International Business, Strategic Management and Human Resource Development. Tapi satu bijik tugasan pun belum sy buat ye tuan puan! Last date for submit is 18 Nov..Alaaa, ada masa lagi kan kan kan..*penyedap hati sanubari*..Actually, malam nie boleh je buat-buat busy cari bahan tuk tugasan tapi al maklumlah bila kemalasan melanda diri setiap insan, terjadi sikap kemengadaan yang semula jadi dan telah bertapak sejak dari tadika lagi, MALAS! 

Bukak facebook pun tak ada benda yang best je, yang tu je la dari tadi lagi kat news feed tu..pas tu tengok gambar member-member..Apa lagi kalau bukan gambar dukung anak la, kahwin la, tunang la, dengan incik boypren tersayangla..*jeles nie*..Godek punye godek, borink la plak..Dah-dah edit gambar la plak.

Eh, dah jam 10.40 la..Aduhhh!! Terlupakk! Citer adam dan hawa! Okeiy-okeiy, sy chau dulu ye! *nasib baik dah rekod awal2 sebelum citer tu main tadi..

p/s: Kesimpulannya, gunalah astro untuk keperluan dan kehendak sejagat! Chau!



Gambar yang edit time borink tadi..Hurmm..okeiy jugak buat cover photo FB kan! Jom tukar*


Tuesday, October 30, 2012

Ceritera akhir bulan


As Salam,

Hari nie dah 30 Oktober 2012. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk November. Cepat gile masa kan? Kejap je, dah nak masuk akhir tahun. Yang bestnya bulan Dec nanti saya kan grad! Wowowowo..cepatlah wahai masa, tak sabar dah nie nak konvo pakai jubah yang besar bedebok dan topi yang berjuntai tuh! 

Bulan 6 lepas, kitaorang pergi KL sebab Kak Fify konvo di PWTC. Meriah gile time tu,tambahan plak time tu ada karinval anime. Macam-macam pesen anime yang boleh tengok. Yang saya ingat ada sailormoon, kiut gile depa tuh. Ingatkan budak-budak jepun yang pakai kostum tu, tapi rupanya budak melayu je. Hehe..effect make up punya pasal, melayu pun jadi jepun..Sebelum konvo akak, konvo Achik kat Kuantan, date lebih kurang je. Time tu Petronas kaut untung berlipat ganda dengan ketravelan kami merata-rata tempat. Cewahhh..

Meriah sangat kan?  Tahun depan turn saya plak! Nanti pergi ramai2 ye!


Konvo Achik kat Kuantan..Kalau tak silap, tempat ni Dewan Jubli Perak kot..
* Ye ye ye, I'm looking chubby here! I know la*

Okay2, berbalik citer bulan November plak. 6 November nanti birthday Cik Farah. Aishhh, pening duk pikir nak bagi apa. Kalau tak silap, tahun lepas bagi present kasut ke? Dah lupa la..Ker handbag ye? Budak tu memang high taste tak bertempat, nak barang yang mahal je. Dia tak tahu ke yang kite nie pokai je, lebih2 lagi tengah bulan nie. Ahakzzz..Senang-senang tanya je dia nak apa, tak payah nak pening kepala pikir tapi dengan syarat budget bawah lima puloh hinggit! hahahahaha..*gelak jahat*

Tahun lepas kami-kami celebrate birthday sama. Lagipun birthday kami dekat-dekat je..*tengah pikir nak minta hadiah apa nih*. Oohh mai! I'm just remember! Tahun nie saya punya birthday jatuh pada Hari Keputeraan Sultan Kelantan and then sambung direct cuti ke Deepavali and Awal Muharam. Oocchhh..I just love holiday yarr!

Masa duk godek-godek tab, terjumpa gambar masa birthday party abah and mother's day celebration awal tahun nie.


Family is my priority after Allah and Rasul..


Ishhh budak tecik nih! Ingat nie katil ke nak landing2..


Tu diiaaaaa! Hadiah besar gedebok! Haha..


p/s: Tahun nie nak minta hadiah besar-besar. 
Kalau tak mintak, konpem tak ada orang nak bagi! Haha..kan kan..


Monday, October 29, 2012

MKKM: The Story

As Salam everyone,

Sebelum nie saya ada buat entry berkenaan Minggu Kesedaran Kesihatan Mental 2012 kan? Tak sempat nak update pasal event tu sebelum ni, asyik masuk draft je. Hehe..Syukur alhamdullilah, dengan berkat dan pertolongan dari Nya, event kami selama seminggu tu berjalan dengan lancar. Letih tak yah cakapla, teramat sangat. Tapi yang best nya, bila semua dah selesai, rasa satu kepuasan dalam diri. Betul la orang cakap, letih kejap je, tapi pengalaman tu yang penting. Akan di ingat sampai bila-bila. 

Pada 8 Oktober, kami buat saringan kesihatan mental kat dataran pelajar di USM nie. Sambutan diterima baik dari staf dan jugak student. Masa tu kami tayang video citer hindustan Tere Zameen Par, yang Amir Khan berlakon sebagai cikgu tuh. Fuhh..duk depan screen sampai habis citer..hehe..Tapi gambar masa program nie, tak banyak sangat. Sebab kami2 terlampau "busy" tengok citer. Hehehehe..

Thanks a lot to my practical student from UMS yang banyak membantu Kak Na sepanjang program ni. Hanya Allah boleh membalas jasa kalian. Dioarang dah habis praktikal, rasa sunyi je plak office nie. Tak ada dah yang datang bergosip2, chit chat petang2. Kesian kak na..

Jom layan gambar2 kami sepanjang program ni berlangsung..Jeng jeng jeng..


9 Oktober 2012 :Majlis Sekalung Budi 
Tema: Purple Pink

Pintu gerbang nie kami berdua yang buat tau. Ada bakat tak? Hehe..


 Welcome all!


 Ehem3..this is me!





 Geng-geng UMS..Miss u guys!









 Yang ketengah nie my boss tau! Prof Madya Dr Jamil..


 Ada jugak tersepit kat tengah










 Masa nie tengah kira pemenang untuk table game..







 Our future psychiatrist..



11 Oktober 2012 
Simposium Umum Mahligai Cinta 
Make Over With Mary Kay



Sambut ketibaan IM Asyraf..hehe..


Tak kan tak amik gambar dengan IM..Ye dok?




 Time slot IM Asyraf..


 Slot Ustaz Saibon, Pegawai Mufti, Kelantan



Forum oleh Pakar Psikiatri dan Pakar Pediatrik, USM


Krew2 dari Mary Kay

Gambar masa make over dengan Mary Kay tak boleh reveal kat sini. Tak baik! Ahakz..
Thanks to Mary Kay sebab ajar kami2 cara penjagaan  muka dengan betul.
Baru tahu kena guna 3 jari je time nak sapu2 alat kat muka nie.. ^__^


Thank you a lot, guys. Till we meet again ye! 

Aidiladha dan Majlis

As Salam everyone,

Rasanya masih belum terlambat untuk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semuaaa..Tahun nie abah jer yang korban kat kampung. Insyallah ada rezeki, saya nak buat tahun depan. Raya kali nie ramai betul yang datang kat rumah. Sedara sebelah ma dan sebelah abah. Ma cakap ramai tetamu maksudnya satu rezeki. Jadi, jangan nak merungut2 kena basuh pinggan banyak2..hehe..

Raya ke - 3 semalam, sepupu saya telah selamat melangsungkan pertunangannya, Anis dan Hazim dan juga Majlis Bertandang Abg Amir dan Kak Yan. Alhamdullilah, semoga ikatan ini sehingga ke jinjang pelamin dan menuju Jannah. Insyallah..

Tunggu nak gerak nie..



Sampai je kat rumah Mami, nampak benda nie kat meja depan meja pengantin. 
Cumel gile kan! Apa lagi, snap picture la kejap..



Hehe..bride to be?? Ehem3..



Ambik berkat pengantin tua..hihi..



Arghhh..tak sempat nak posing lagi..



Masuk je kat dalam rumah, jeng jeng..ternampak kek yang sweet gile! 



Cantik kan pelamin nie? Sepupu2 saya decorate sendiri ni tau..girlish gitu..





Menunggu si dia..sweet!



..Anis dan Hazim..



Dari ku untukknya..



Darinya untukku..



Hehe..kami nak jugak!



Aii abah? Groom to be jugak ke? Haha..