Wednesday, December 18, 2013

Kursus di Agro Resort Setiu : Day 1

Assalamualaikum dan hai..

Awal bulan dec hari tu, sy kena attend satu kursus..
mula2 tu malas nak pergi sebab hari weekend..
tapi bila akak tu cakap nak kursus kat luar, terus je setuju!
see, tempat kursus memang memainkan peranan penting! haha
Kursus kali ni kat Agro Resort, Setiu Terengganu..
Last kursus kat luar tahun lepas iaitu kat kedah..
boleh klik SINI
Actually, ni second trip sy ke Agro Resort..
First trip dulu tahun 1993 @ darjah 3..haha.
memori daun pisang tu!
We'll kursus transformasi minda, saje nak buat jauh2..bagi transform habis gitu..
tapi tak tertransform2 pun! huahua


Naik bas ke sana. tapi ada jugak yg drive sendiri, that's why la ada seat kosong, harus la berselfie sekejap cuma..orang kata, kenangannn..kenangan naik bas ke apa?!


Okeiy, dah sampai pun!!
Lebih kurang perjalanan dari usm sejam lebih. pak cik bawak bas slow motion je..


We'll jalan kaki je untuk ke tempat register..sambil2 tu boleh tengok taman herba dan taman haiwan yang ada kat sini. Time ni baru lepas hujan, jadi tanah basah lagi.


 Taman haiwan. Kalau zoom besar2, boleh nampak ada burung kat dalam sanggar.
mana? mana? mana??



Yang ni plak taman herba. banyak jugak herba-herba tradisional kat sini.
siap boleh beli terus untuk bawak balik. harga tak mahal pun, lebih kurang rm10, ada yg less dari rm10..
depends atas herba la..







 Yang ni herba duri tujuh. Harga dalam RM5-6 je..
Khasiat banyakk, tapi sy tak ingat apa yang pak cik tu cakap..duk sibuk ambik gambar je..haha


Herba sambung nyawa! bukan nyawa2 ikan ye!




Feeling2 kat oversea gituuuu...






Depan bahagian pendaftaran..





 Yang ni pun tempat register jugak..sebelah tempat makan..view menghadap tasik.
memang cun gila! sekeliling ni ada tasik. siap boleh bagi ikan makan lagi dari atas. 
ikan kat sini bukan macam yg kat super market..besar gila!! 



Sy sebilik dengan Ms Ang. Ms Ang ni very sempoi tau. Best kenal dengan dia..
hehe..nak cari bilik satu hal, boleh sesat dalam ni. besar tempat ni wooo



Kat depan sebelah kiri kanan tasik. Then kat batu2 tinggi tu, swimming pool.
Lucky us, bilik kami memang pool view!! cun la!



Dari beranda bilik sebelah kanan



view dari sebelah kiri bilik plak. memang awesome la.chalet we'll dalam tasik.

We'll diberi masa untuk rest, lunch and solat dulu sebelum mula program..
Lepas lunch, terus ajak miss ang keluar merayau kawasan resort ni.
rasa macam rugi plak kalau duk terperap je kat bilik kan..
tambahan lagi program kami pack sampai esoknya..
so, kami keluar merayap berdua je..
yang lain, buat sesi layan perasaan kat bilik..haha




Masa lalu kat tempat register, ternampak sign boar untuk sewa basikal..

apa lagi, laju-laju je nak book..
kebetulan plak, time ni basikal ada dua..
bayar sewa basikal dalam rm5 per sejam..
miss ang yg belanja! hehehe..




nasib baik hari tu tak hujan, mendung je..
tapi badan habis berpeluh jugak duk kayuh basikal atas bukit ni.
habis semua tempat singgah ambik gambar..haha..
dalam jam 4pm, our program started..
and you know what, we'll dibahagikan group untuk berkayak plak on 5pm..
excited! tapi tak reti nak berkayak..
last naik cano ni pun masa form 4-5 dulu2..
and actually it's a tournament! Sy group dengan abg elias..
fuhhh...nasib baik jugak sebab a.elias ni terror berkayak..


hahhh, tu diaa..me yg jakun naik kayak duk kat depan..haha..
nasib la a.elias dapat sy jadi partner..
nak berkayak pun ada skill tau.. 
yg mana reti @ mahir kemudi, kena duk kat belakang..
yg jakun macam sy ni, duk kat depan je..
kira tolong tengok pokok je takut terlanggar..hahaha..


Ada dalam 11 group yang bertanding..
and know something??
we won for second place!!
haha..percaya tak percaya tak!!
Then, we'll balik ke chalet masing2 untuk rest, mandi, solat dan makan..


Malam hari for first day pun ada program jugak..
ceramah berkenaan dengan integriti..
speaker sangat sempoi..lupa dah nama..hihi..


memang tangan tak bagi kerjasama langsung la even duk dengar ceramah sekalipun..
nak jugak conteng kertas..tabiat azali! adeiiiii...
then, around 10.30++, we'll zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
letihhhhhhhh.....

p/s: since entry ni panjang berjela, kena buat part 2 plakk..stay tuned, peeps!




Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih

As-Salam


Top Referal 
Cash RM50 + Puzzle Bernilai RM50 3D

Random
Cash RM50 x 5
Perfume Gred AAA Bernilai RM50 x 6

Mini GA RM600 Disember 2013 by Emas Putih ini dianjurkan oleh Emas Putih dan disponser oleh Emas Putih , Brado Bapak , Brado Bapak II , Lylahana Shop , Maha Mahu, Wan ComelMarqis Careno dan Iluvtour

Segmen: Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum dan hai..


Klik banner untuk join sama segmen ni ye..
Segmen by : Ayu Insyirah

Tuesday, December 17, 2013

Mr. Right??

Assalamualaikum dan hai..
Mr Right?
Selalu saje kita dgr org sebut he's my mr right..
He's the one la..lebih2 lagi bila orang tanya soal jodoh..
Bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Bila nak kahwin?
Sometimes, rimas gila rasanya..
Sy sendiri pernah berada dalam situasi tekanan jiwa yg memuncak ni bila orang duk tanya soal ni.
Kalau kepala ni dari batu, lama dah hentak kat dinding kasi hilang stress..
Rasa macam nak jawab gini je;
'hello, kenapa kau tak tanya terus bila aku nak dapat anak.! Lagi expert weh!'
Fuhh..advance sangat kot! Tapi puas hati la! Haha
You'll2 yang dah kahwin tu jangan la selalu duk tanya awek2 cun ni bila nak join d club..
Serius cakap, benda ni sensitif woo..
Boleh bawak kepada tension kuasa empat belas otak yang nak kena jawab nih..
Soal jodoh kan urusan Dia, siapa la kita ni nak pandai2 je..
Bukan nya pilih jodoh tu senang macam pilih ikan kat super market tu..
Eh, nak pilih ikan pun susah woo..
Sy kenal ikan bawal je, sebab senang nak cam..kecik2 dan bulat gitu ikan bawal la tu..huahuahua
Yg mana dah kahwin awal tu, alhamdullilah..
Yg mana belum bertemu jodoh, inshaallah..
Korang doakan2 je la ye..
Jangan bimbang, awek2 cun ni tak kebas pun laki korang aihh..haha
Okeiy, dah melalut tak tentu pasal plak..
Saje, buat luahan perasaan sikit! Kononnya la kan! Huahua
Mr right? Hummm..
Depa kate mr right ni kononnya cinta sejati la kot..
Kononnya dia je la yang paham kita..senang cite, soulmate la..
Sehati sejiwa gitu..tu time sayang2..
Kalau time gaduh, berjiwa raga bangsa terus la gamaknya..
Kalau budak2 baru nak up tu, akan ada la bunyinya
'weh, aku dah jumpa mr right aku la'..
Tak pun, 'weh, aku rasa dia la satu2nya mr right untuk aku atas muka bumi yg luas ni. Tak ada yg paham aku selain dia'
*konon la sangat*
Tapi cuba time bertekak, dari mr right terus jadi mr. K.O!!Alahaiiiiii...
For me, Mr. Right bukan senang nak jumpa..
Kadang2 mustahil untuk kita tahu sama ada he's d one or not..
Sy percaya kepada jodoh..
Jodoh yg Dia bagi kepada kita itu la yg paling paling paling terbaik..
Kita nak kapel berapa ramai orang sekali pun, nak berjiwang karat sampai berkarat kuning sekalipun, tapi kahwin tetap dengan jodoh yg Dia pilih..
Sebabnya, hanya Dia yang tahu apa yg kita perlukan..right?
Kadang-kadang, mr right ni boleh jugak jadi mr. wrong..
Sometimes, he's become mr. clumsy..
And sometimes, he's become our baby..
But, he's always there..
For any reason..
Bila kita terima setiap kekurangan yg ada pada dia,
Bila kita tahu keburukan dirinya,
Bila kita tahu kelemahan yang tak dapat dia baiki,
Dan kita masih disitu..
Itu ertinya he/she's d one for you..
And will be part of your life..
Tapi jangan main tipu plak,
Cakap boleh terima, boleh terima, tapi dalam hati.......
Ni orang panggil kes cari pasal.
Kalau tak boleh terima, settle awal2..
Sebab bukan nk together gether sehari dua, tapi lasting forever tuhh...hihi
So, sebelum nak cari mr.right, jadikan kira ms. right dulu ye..
Jangan kita je nak right, tapi perangai kita asyik wrong je memanjang!
Daa..

Wedding: Anis & Hazim

Assalamualaikum dan hai..

Minggu lepas wedding my lovely kiut cousin, Anis & Hazim..
Sebelum ini, sy pernah buat entry majlis pertunangan they'll kat SINI..
Macam cepat je masa kan. Tup tup dah kahwin pun they'll nih..
Hehe.. a milion2 congratulation untuk anis & hazim..
semoga berbahagia dan berkekalan dunia dan akhirat.
Teringat plak kata-kata ustaz masa kursus kahwin hari tu,
ustaz cakap kalau kita nak wish tahniah untuk wedding siapa2, kita kena cakap semoga berkekalan dunia dan akhirat. Sebabnya kita berkahwin bukan sahaja didunia tapi jugak nak berkekalan hingga ke akhirat nanti. Mudah-mudahan, Inshallah..
We'll satu family half day on dat day.
Sebabnya wedding anis hari khamis, waktu pejabat.
Kalau ikutkan, nak cuti je terus tapi sebab dua hari sebelum itu sy dah cuti untuk kursus kahwin,
so, kena amik half day je la. Lucky me, bos baik hati bagi cuti plak..hehe..tenkiuuu bos!
We'lk kat sana sampai lewat petang.
Siap join sama masa potong kek. Padahal terliur tengok kek yang comey + kiut! haha


Mama with her niece..

we with a bride..where's a groom? haha..
ambik kesempatan la kejap!


Candy buffet. Nice kan. Sweet2 popcorn gitu warna. Kombinasi biru dan kuning.
Cun!




Guest Book untuk tetamu wish kat pengantin. Yang ni anis buat kat d'chinta kat kubang kerian. Anis ckp kat situ murah dan banyak design boleh pilih. Harga lebih kurang RM65.00.

Mrs?? Mrs to be lol..haha..


Budak ni nak menyibuk jugak!




From Anis to Hazim

From Hazim to Anis


Kek sebagai hantaran anis to hazim..macam comey je!

Sudut photo! 

p/s: happy honeymoon ye anis & hazim..selamat berangkat ke oversea dh semalam..hehe..


Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Assalamualaikum dan hai..

Hari ni duk dengar lagu dari Salahkah yang nyanyian Hafiz ft. Rossa tu..
Lagu ni OST dari drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Adaptasi dari novel jugak.
Youtube untuk lagu ni boleh tengok kat SINI
Best gila lagu ni, tak puas pun dengar..
Tambah2 bos tak ada kat ofis, boleh menyanyi sekali. Haha..
Orang kata drama ni best, tambah2 lagi Nelydia Senrose yang jadi herion..
Sweet2 gitu..
Just sempat tengok drama ni untuk episod dua jer..
Tapi nasib baik dah rekod awal2, boleh tengok bila free nanti.
See, kat sini la gunanya ada astro..haha..



Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta:

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

credit to: Karyaseni

p/s: selalunya baca novel yang kahwin paksa, kahwin kontrak, kahwin express..sweet2 popcorn gitu..tapi novel ni lain dari yang lain. Hurmm..mungkin boleh cuba untuk baca. Maksudnya, kena beli la erk! 



Shopping Bunga Untuk Majlis

Assamualaikum dan hai..

Semalam sy dan mama window shopping lepas office hour.
Bukan shopping apa sangat pun, tapi just survey-survey barang untuk wedding nanti.
Hehe..tak habis-habis dengan beli barang, bila nak siap tak tahu la.
Lepas weeding baru la siap la agaknya.
Keluar semalam pun tak lama sebab lepas office hour je, tu pun dalam jam 5.00+ dah.
Singgah kat ABY Mutiara yang kat depan Wisma KB tu sebab nak ambil kad kahwin.
Yeayy, kad dah siap!
Sekarang tengah buat list nak edar..Excited jugak rupanya! Haha..
Pening duk kumpul2 list plak. Mama cakap second week of jan dah boleh edar kad.
Kalau edar awal2, nanti depa tak ingat plak majlis kita. Huahua



Tiap kali masuk mega lace, confirm rambang mata sebab banyak sangat bunga-bunga dan deco untuk wedding. Sekarang tengah buat sale. Lagilaaaa rambang..

Mama excited nak pilih bunga untuk letak buat deco photobooth. 
Katanya nak cari jenis moden-moden sikit, yang macam ranting kayu ke ..Tapi bila nak pilih, ranting entah ke mana bunga entah ke mana..haha..





 Yang ni tak tahu namanya apa. Tapi sy panggil bola comey2..haha..
Sesuai sangat kalau nak letak kat photobooth kan..Kalau tak silap, harga dalam RM65.00 kot..


Weekend last week  incik tunang pun shopping kat kedai bunga jugak.
Tapi bukan kt KB la, kat KL nun sanaaaaa..kelasss you, shopping bunga sampai KL..haha
Kebetulan ada kat sana untuk meeting, singgah terus la.
Rasanya dia pergi kat area balakong kot..betul ke tidak balakong eh?
Tak pernah2 pun dengar nama tempat tu sebelum ni. *Jakun kuasa empat belas*
Tapi seriously, bunga2 kat sana memang cun2 la.banyak pilihan..
sekarang kan end year, confirm la banyak sale plak..







p/s: duk survey deco untuk photobooth plak. Nak jimat bajet, kena la buat sendiri. Huahua