Doakan Aku

Assalamualaikum dan hai..

Nikah..kahwin..
Satu persoalan dan pertanyaan yg sering kali org utarakan kepada aku..
Pertanyaan yg kadang-kadang amat berat untuk aku jawab..
Pertanyaan yg kadang-kadang boleh membuatkan diri menjadi rimas teramat..
Aku sering kali tertanya kepada diri..
Mana silapnya sehingga kini jodoh belum kunjung tiba..
Bila..kenapa..siapa..
Sering kali persoalan ini menjengah akal fikiran..
Otak tak dapat nak analisa fikiran yg satu ini..Subjek makroekonomi lebih senang rasanya..
Manusia..tak pernah berhenti mempersoalkan..
Itulah aku yg dulu, yg belum memahami percaturan Illahi..
Aku mengerti jodoh pertemuan ajal maut ditangan Tuhan, tapi hati tidak memahami..
Parah..
Tika aku bersendirian..tika aku keseorangan mencari jalan dan tujuan hidup sendiri..
Aku mula belajar. Belajar memahami percaturan hidup..
Belajar memahami jawapan dari setiap doa yg aku pohon selama ini.
Manusia..mudah dan mampu untuk beristikarah namun tidak semua mampu untuk
menerima jawapan dari Dia..
Ya, itu yg aku alami sebelum ini..
Aku gagal dalam mengenal jawapan yg diberikan..petunjuk kemungkinan..
Aku bagaikan tersedar dari mimpi yang panjang..
Di ulit mimpi yang indah.dalam khayalan sendiri..
Aku mencari kebahagiaan pada sebuah perhubungan..
Yang entah ke mana penghujungnya..
Kekal atau tidak..nyata tidak dapat kujawab..
Aku sandarkan kebahagiaan kepada manusia..yg juga seperti aku..
Aku sandarkan rasa yang datang itu kepada makhluk sedarah denganku..
Aku tidak memahami sebenarnya..Sebenar-benarnya tidak..
Kebahagiaan itu ada dalam hati..
Kebahagiaan itu hanya ada bila kita berserah..mencari dan memahami Dia pemilik setiap hati..
Menangis tika bersujud..
Kenapa sekarang baru aku mengerti..
Aku mencari kebahagiaan ..tapi aku tidak mengenal kebahagiaan hakiki..
Alhamdullillah syukur aku panjatkan..
Betapa rasa tenang diri sekarang..
Segala persoalan sebelum ini bagaikan terjawab..
Aku bahagia dengan hidupku kini..
Tenang setenangnya..
Aku berpegang kepada janji Dia..
Tiba masanya takdir itu akan menjadi amat indah..
Bila..siapa..kenapa..dimana..
Tidak dapat aku jawabkan..
Kerana aku tahu..
Bila tiba saatnya, pasti ianya akan hadir..
Aku akan berusaha menjadi yg terbaik dalam hidupku..
Kerana aku inginkan pelindung yg terbaik yg dapat memimpin aku nanti..
Yang bersama-sama bertatih menuju ke Jannahnya..
Inshallah..
Doakan aku..



Rina Fatin
15 September 2013

Comments

  1. jodoh itu ketentuan tuhan,kita hanya mampu menerima dan berusaha untk itu..be strong wokey..:)

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum...

    saya mengalami situasi yang sama macam awk... hurmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allah knows the best..
      Just keep the pray.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market