Saturday, March 9, 2013

Border lace for peplum!!

Assalamualaikum dan hai!


Tiba -tiba mood nak melaram datang menerjah! Bukak fb tengok peplum lace, bukak blog tengok lace jugak. Aiii, teringin jugak nak ada satu peplum yang ada lace. Sangat chantek tengok orang lain pakai, teringin sangat3. Last week, sy ke Jakel untuk survey border lace.Fulamakkk..chantek sangat! Harga pun bukan main lagi. Kalau tak silap yang paling murah dalam RM49.90 semeter, ada jugak yang mahal gilass sampai RM300-RM800 semeter, tapi jangan cakap la. Memang berbaloi dengan kain yang first class. Cuma untuk beli harga semahal tu tak mampu lagi la.Huahua!!

Bila mama ajak keluar pergi butik petang tadi, laju-laju je angguk nak ikut sama! Haahhhh..boleh la survey border lace sekali. Hehe..Masuk je butik, rasa macam nak rembat semua sekali yang mana ads! Aduhhh, kenapa la chantek sangat nih! Macam-macam kaler, patern yang ada. Yang penting harga mampu milik. Hehe! Pilih punya pilih, sy rembat 2 jenis design border lace. Boleh letak kat dua peplum kosong!Harga satu meter around RM35.00.okeiy la kan. Tak ada la mahal gedebak.

Harap-harap esok sempat siap la jahit lace ni. Tak sabar nak pakai esok!haha!! Wish me luck ye!!

I love gardening!

Assalamualaikum dan hai!

Hari-hari minggu nie tak syok kalau asyik keluar berjalan-jalan je. Duit habis, penat jer lebih. Kalau kadang-kadang okeiy la jugak kan.*hehe*

Memang di akui muka ini tidak seperti pencinta alam tapi dalam hati tetap ada taman, babe! Hidup sy hari-hari pergi kerja balik kerja jer. Kalau dulu time weekend pergi kelas, melepak kat library cari novel sambil cuci mata. Huahua! Tapi sejak habis belajar nie, rasa borink plak asyik menghadap tibi je. Tibi pun dah borink asyik dihadap oleh sy! Jadi bila mama ajak berkebun sekali, terus je okeiy! Dari terus melenggok depan tibi tu bukan ada pekdah pun! 

Hahhh..bukan tak tau banyak pekdah nya kalau berkebun nie. Lemak-lemak yang dikumpul  dalam perut akan dapat dihapuskan sedikit demi sedikit. Tak ada la rasa berat je nak bawak perut nih. Huahua! Dapat jugak la rasa badan slim menyilim. Kalau nak tunggu exercise petang, jangan nak harapla. Dulu rajin jugak, tapi sejak dua menjak tak tahu mood kemalasan nak exercise terlampau-lampau la aktif. Hormon malas melonjak -lonjak dalam badan! 

Part paling best bila kutip buah! Fuhhhhh..semangat betul tau. Yang rajin nak menanam segala jenis buah yang ada nih mama dan abah la. Kite tolong kutip dan makan je! Hikhik..Tadi dapat kutip limau, pisang dan nenas. Yummy3..sangat fresh dari ladang!


Yang nie limau bali. Sangat -sangat sangat manis tau. Nampak je kulit besar tapi isi tak ada la besar sangat.
Lepas buang kulit..kecik je pun aihh..

Jemput-jemput makan ye. Hehe! Best tau.






Nenas yang baru nak tumbuh..kiut je kan.


Time menjalankan kempen penjimatan di hujung bulan, boleh la guna lidah buaya untuk buat masker! Haha..
Jimat dan fresh dari ladang tu!

Pintu ke kebun.

p/s: Tak ada ruginya berbakti kepada tanah nih. Selain dapat hasil, dapat jugak udara segar. Terima kasih pokok sebab bagi kami3 oksigen ye! :)

Selamat berhujung minggu!


Thursday, March 7, 2013

Happy Engagement to Kak Nor

Assalamualaikum dan hai!

Hari nie adalah hari entry sedunia!! Haha..bukan main lagi rajin hapdate belog nie. Mentang-mentang tak da orang kat ofis hari nie..hehe..amik kesempatan sekali sekala ye dok? Actually, entry nie bulan Feb lagi. Tapi tak sempat nak habiskan, termasuk dalam draf gitu je. Sayang plak duk tengok terbiar je dalam tu. *alasan3* Orang kate better late than never. Uhuk3.

On 1st Feb lepas, we'll ke Terengganu sebab my cousin, Kak Nor bertunang. Alhamdullillah, terikat jua perhubungan ini. Cewahhh..bunyi cam ayat baik-baik je dok..Haha! Tahniah untuk Kak Nor dan Abg Khairol. Kalau tak silap, majlis they'll awal bulan 6 nanti. Harap-harap tak bertembung dengan majlis convo sy yg dijangka around second week of June. :)

Kak Nor with hantaran from him..

From him..

From her..


with Eka dan Munirah..orang kuat majlis..hehe!


cousin!!


Kak Nor's family..baru perasan Amir tak ada dalam gambar.



Mummy dan daddy with Kak Nor..




Mummy and M.cik sali..sama tak muka they'll?? Adik mummy la nie..hehe!


Ada jugak budak penyibuk nih!! Uishhh!!

And and and
-
-

-
-
_
_

 I'oulss nak interprem jugak laa..ahakz!!









p/s: ada orang ingat i'oulss dah bertunang gara-gara letak gambar nie kat FB..hahaha!! gosip3!!


Convo's first notice!

Assalamualaikum dan hai!

Ehem3!! i'ouls dan nak konvo la! Excited sangat3!!!


p/s: tengah berangan naik stage..hikhik..

Happy birthday yuni!!

Assalamualaikum dan hai!

3 Mac lepas, we'll celebrate birthday ayuni yang ke -8! Yuni is my neighbour actually, but my family dah anggap they'll part of ours. Macam adik sendiri dah rasanye.

On that day, sy terkena keracunan makanan. Tak tahu la makan apa, termelahap apa dua tiga hari ni, tup3 kena poisoning food. Aduiii..seksa betul tau kalau sakit perut begini rupa. Tak yah cakap la berulang alik ke tandas, rasa macam nak tido terus je dalam tuh!

Siap dengan antibiotic lagi tuh! Hai si kuman, habis la korang!!!


Dah setel amik ubat, terus pergi kedai kek. Sempat lagi merayap time-time sakit perut. Birthday punye pasal kan. Sampai jer rumah, they'll dah tersengih menunggu. Macam dah tau-tau je kita nak bawak balik kek.





Birthday girl. Sweet 8!!

Si budak kecik penyibuk! Nak jugak enterprem sekali.






Sempat snap dalam kereta je. Hehe..

Ofis baru!

Assalamualaikum dan hi!

Lama tak mencoret kat dinding kaku nih! Hehe..Little bit busy sikit dua tiga menjak ni. Start early Feb lepas, sy dah bertukar jabatan tau. Sekarang bertugas kat Pejabat Dekan plak. Tu yang busy bebenor, nak hadap belog pun dah jarang. Aissy, my new boss sangat la busy orangnya dan otomatiknye I pun terkena tempias kebusyian nye! Seminggu dua nie, boss tak ada sebab ke Mekah buat umrah. Jadi, apalagi i'oulss pun bukak dan berbelogwalking serta berrunwalking ke belog3 lain skali. Hehe! Rindu jugak kat dunia maya nih..

Mula-mula kena tukar pejabat, rasa tak nak pergi je. Ye la, dah hampir 5 tahun kat Dept of Psychiatry. Dah rasa macam rumah sendiri je. Bila dapat arahan pertukaran dari top management, termenung jugak den sehari dua. Fikirkan macam mana la keadaan kat tempat baru tu, boleh adapt ke tak, offismate okeiy ke tak.  Dah la jaga Dekan plak tu. Mak aiiiii, berdebar gile hati nih! Masa mula -mula mengadap dengan bos, bagai nak tercabut jantung nih! Haha..Tapi bila masuk seminggu dua, rasa macam dah okeiy, offismate pun best, boss pun best jugak la. Ingatkan garang, tapi sporting jugak rupenye. :) 


Ofis baru..

View dari luar ofis..Nice kan?

Nanti free, u'olls datang la melawat i'oulss kat sini ye! Hehe..