Friday, April 5, 2013

Majlis Tautan Kasih Setiausaha USM 2013

Assalamualaikum dan hai!

Kelmarin saya attend majlis untuk group setiausaha USM. Actually, event nie nak meraikan ex S/U yang dah berpencen awal tahun ini dan sekaligus raikan Minggu Setiausaha yang jatuh pada bulan April every year. Hehe.Dua dalam satu la senang, kira jimat kos la kan.

Event ni diadakan kat Hotel Renaissance tau. Wahhh.kelas gitu! Five star tu. haha! Harap2 nanti kite pencen they'll yang junior2 tu buat macam nie jugak tau! Demand gituuuu. Sempat merayap kat mall sebelah bila dah habis majlis ni. Masuk opis petang tu macam kalut ribut kena settle kerja, bos nak pergi outstation plak! Jam 6 plak la balik semalam. Adeiiiiii. 







































p/s: Tahun depan kita celebrate secretary week kat tempat lain plak ye!

Monday, April 1, 2013

Apa lelaki patut tahu pasal perempuan!

Assalamualaikum dan hai!


--> Kalau perempuan tengah merajuk, jangan plak buat dek jer. Pandai2 la tackle untuk pujuk balik. Ni tak, time orang merajuk, dia plak yang sibuk2 nak merajuk. Ape hal? Be a gentleman la, guys. Bukannya susah nak pujuk, bagi ayat jiwang sedas dua, belanja ais kerim ke, buat lawak yang tak brapa nak lawak ke. Tak susah pun nak tackle hati perempuan!


--> Kalau korang tak call maknanya korang memang tak peduli dan tak kisah pasal kitorang nih tau! Bukan nak suruh call berjam jam, at least call la untuk tanya khabar. Jangan la berkira sangat kredit tuh. Kan orang lain masuk line baru nak gelabah!


--> Part cemburu memang tak boleh blah. Memang la di akui cemburu tu tanda sayang. Tapi kalau bercakap dengan member pun cakap kita nak menggedik, memang cari nahas weh! Ingat sikit, cemburu perempuan pun tak kurang over jugak ye! So, beware!!


-->Walaupun kadang-kadang korang suka sakitkan hati kami orang perempuan ni, buat sakit hati tahap dewa dewi, sampai kadang-kadang benda yang memang tak leh nak pikir dek akal betapa sakitnya hati nih, tapi percayalah jauh dari sudut hati kitorang, still lagih ada perasaan sayang tau. Betapa mulus dan suci nye hari kami2 nih. Tapi jangan plak sengaja nak sakitkan hati, kan tak pasal2 "TER"berubah hati plak. Baru la nak melopong! Please, don't hurt our heart or you're the one who will be hurt!



--> Yang nie memang rasa urkkkkkk! Tak boleh nak gambarkan laa. Please la pleaseeee jangan nak jadi sensitip tak bertempat ye! Asyik nak merajuk tak kira masa. Tak boleh nak silap sikit, mula la nak muncung mulut mengalahkan mulut itik! Eii..you'll tu kan lelaki. Be a macho la..tak cool la sikit2 nak merajuk tak bertempat nih. Kadang kadang boleh la diterima otak ni, tapi kalau dah selalu tu memang naik rimas tau tak! Mengada kalahkan perempuan je. Tak malu ke?


-->Part ni dinasihatkan awal2 jangan sesekali nak cuba ye! Korang jangan sesekali terpikir atau terberangan nak tipu perempuan walau sikit pun! Orang perempuan nie memang ada sixth sense, cam tau2 je kalau pakwe/tunang/laki ke tipu dorang. Masa tu, tak payah nak explain panjang-panjang la, memang tak ada orang nak percaya dah. Kalau tak caya, try la tengok! Tapi, jangan menyesal ye!


-->Jangan bergaduh dengan kitorang! Korang tak kan menang punye! Trust me!!


-->Jangan banyak nak komplen time teman kami shopping ye! Shopping di ibarat terapi minda jiwa raga untuk orang perempuan! Setakat survey duapoloh-tigapuloh kedai tu small matter jer untuk kami.So, senyap2 je time pergi shopping. Jangan nak mengada ajak balik awal.


-->Time korang duk jalan2 dengan makwe/tunang/wifey tu jangan nak mengade plak duk puji orang lain yang lebih cun depan korang. Tak kesah la secantik mana pun, senyap2 sudah. Time nie jangan duk practise sharing is caring! Ini cari nahas namanya. 


--> Secara puratanya, 99.99999%, BFF kitorang tahu pasal korang! Ahakz!


--> Jangan sesekali korang lupa tarikh birthday@anniversary@@@ yang dirasakan terlampau penting untuk kami2 ye! Kalau tak, korang memang menempah mauttttttttt!


--> Sesekali buat la suprise, bagi present ke apa ke. Bukannya apa, at least orang perempuan akan fikir betapa nya diri dihargai. Bukan nak minta hadiah beribu riban, paket cokelat cadbery dengan riben pun okeiy apa. Jangan la nak kedekut@berkira sangat ye. Tak rugi pun, demi yang tersayang. Ye dok?



Jika ianya sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata. Ianya hadir dengan sinar mata. 
Jika ianya cinta, ia tidak perlu menyakitkan, namun perlu melindungi. 
Jika ianya cinta, ia tidak hadir tanpa dipinta namun hadirnya di atas nama ketentuan. 
Jika ianya cinta, kenapa perlu berduka hati? 
Jika ianya sebuah cinta, sayangi dan kasihi lah seadanya..
Jika ianya sebuah cinta.....


Peplum berlace lagih

Assalamualaikum dan hai!

Hari tu saya ada buat entry pasal "Homemade Peplum Lace" kan. Yg hari tu peplum warna purple dah siap letak lace kuning kesusuan. hehe! Rasa rajin plak nak tepek lace kat peplum gold. Semestinya guna lace kaler merah untuk menampakkan betapa kita nie up to date gile kaler blok kan! Hahh. lepas ni tak yah nak terbeliak mata tengok peplum lace yang cun tahap gile kat kedai2 online nih. I'oulss dah pandai buat sendiri ler..lalalalala.


Apa macam? Agak2 dah boleh bukak kedai peplum kah? 
*Tepuk poket, tengok duit dulu la! Urkkk*



Cinta itu..


Assalamualaikum dan hai!

Ketika jatuh cinta, jangan
berjanji tidak saling menyakiti
namun berjanjilah untuk tetap 
bertahan meski salah satu 
tersakiti.

Ketika mencintai seseorang, 
cintailah ia apa adanya.
Jangan berharap dia yang sempurna, kerana
kesempurnaan adalah ketika 
kamu mampu mencintainya
tanpa syarat.

Cinta bukan  bereti mencintai 
seseorang yang sempurna tetapi
bagaimana mencintai seseorang 
yang tidak sempurna
dengan cara yang sempurna.

Belajarlah mencintai orang yang hari ini
masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu.
Hari ini mungkin dia masih mencintaimu,
tapi mungkin esok takkan ada lagi
cinta untukmu dan mungkin esok 
kamu yang akan lebih mencintai ketika dia
telah pergi. Jangan pernah sia-siakan cinta yang
sekarang ini mengisi hatimu.


"Aku tidak perlu berpidato untuk menyatakan rasa cintaku. 
Cukup sekadar hati memahami."