Posts

Showing posts from April 1, 2013

Hectic day!

Image
Assalamualaikum dan hai! Hari yg sangat hectic hari ni! Pagi2 lagi dah kalut ribut kat opis, kerja yang tak sempat siap last week bertimbun lagih, then datang plak kerja lain. Adui, betul la orang cakap, kerja ni memang tak kan pernah abis kan. Pagi tadi kena settle kan urusan bos untuk ke outstation 2 hari. Dapat notis meeting last minute, then kena arrange everything semua last minute! Kesian bos, tak sempat nak rest balik dari terengganu semalam, dah kena fly balik. Memang orang yg jadi bos nie kuat semangat betul ye. Kadang2 heran jugak, tak letih ke bos nie, dengan makan pun tak sempat, rest pn ntah ke mana. Terpikir 2 3 kali plak nak apply promotion.hihi. Yg jadi kalut ribut tadi time semua tiket kb-kl semua habis!! MAS, firefly semua licin! Dah la ticket business pun depa sapu licin! Parahhh!! Dalam hati bukan main lagi, berdebar gila rasa. Last choice kena ambik airasia jugak. Dalam hati tak yah duk cakap la, berdebar tak boleh blah! Duk berharap biar la ada tiket,

Majlis Tautan Kasih Setiausaha USM 2013

Image
Assalamualaikum dan hai! Kelmarin saya attend majlis untuk group setiausaha USM. Actually, event nie nak meraikan ex S/U yang dah berpencen awal tahun ini dan sekaligus raikan Minggu Setiausaha yang jatuh pada bulan April every year. Hehe.Dua dalam satu la senang, kira jimat kos la kan. Event ni diadakan kat Hotel Renaissance tau. Wahhh.kelas gitu! Five star tu. haha! Harap2 nanti kite pencen they'll yang junior2 tu buat macam nie jugak tau! Demand gituuuu. Sempat merayap kat mall sebelah bila dah habis majlis ni. Masuk opis petang tu macam kalut ribut kena settle kerja, bos nak pergi outstation plak! Jam 6 plak la balik semalam. Adeiiiiii.  p/s: Tahun depan kita celebrate secretary week kat tempat lain plak ye!

Apa lelaki patut tahu pasal perempuan!

Image
Assalamualaikum dan hai! --> Kalau perempuan tengah merajuk, jangan plak buat dek jer. Pandai2 la tackle untuk pujuk balik. Ni tak, time orang merajuk, dia plak yang sibuk2 nak merajuk. Ape hal? Be a gentleman la, guys. Bukannya susah nak pujuk, bagi ayat jiwang sedas dua, belanja ais kerim ke, buat lawak yang tak brapa nak lawak ke. Tak susah pun nak tackle hati perempuan! --> Kalau korang tak call maknanya korang memang tak peduli dan tak kisah pasal kitorang nih tau! Bukan nak suruh call berjam jam, at least call la untuk tanya khabar. Jangan la berkira sangat kredit tuh. Kan orang lain masuk line baru nak gelabah! --> Part cemburu memang tak boleh blah. Memang la di akui cemburu tu tanda sayang. Tapi kalau bercakap dengan member pun cakap kita nak menggedik, memang cari nahas weh! Ingat sikit, cemburu perempuan pun tak kurang over jugak ye! So, beware!! -->Walaupun kadang-kadang korang suka sakitkan hati kami orang perempuan ni, buat sakit

Peplum berlace lagih

Image
Assalamualaikum dan hai! Hari tu saya ada buat entry pasal  "Homemade Peplum Lace"  kan. Yg hari tu peplum warna purple dah siap letak lace kuning kesusuan. hehe! Rasa rajin plak nak tepek lace kat peplum gold. Semestinya guna lace kaler merah untuk menampakkan betapa kita nie up to date gile kaler blok kan! Hahh. lepas ni tak yah nak terbeliak mata tengok peplum lace yang cun tahap gile kat kedai2 online nih. I'oulss dah pandai buat sendiri ler..lalalalala. Apa macam? Agak2 dah boleh bukak kedai peplum kah?  *Tepuk poket, tengok duit dulu la! Urkkk*

Cinta itu..

Assalamualaikum dan hai! Ketika jatuh cinta, jangan berjanji tidak saling menyakiti namun berjanjilah untuk tetap  bertahan meski salah satu  tersakiti. Ketika mencintai seseorang,  cintailah ia apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika  kamu mampu mencintainya tanpa syarat. Cinta bukan  bereti mencintai  seseorang yang sempurna tetapi bagaimana mencintai seseorang  yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok  kamu yang akan lebih mencintai ketika dia telah pergi. Jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu. "Aku tidak perlu berpidato untuk menyatakan rasa cintaku.  Cukup sekadar hati memahami."