Posts

Showing posts from April 14, 2013

Tanggungjawab suami & isteri

Image
Assalamualaikum dan hai! Sekadar satu perkongsian. Ramai lelaki pada masa sekarang nie kurang alert dengan tanggungjawab mereka as a husband and a leader. Kadang-kadang ada yang minta isteri bekerja sendiri dan menyara keluarga sedangkan mereka hanya duduk kat rumah layan tibi je. Ada pula yang menggangap isteri "wajib menyumbangkan duit untuk tanggung keluarga. Mentang-mentang la ramai wanita sekarang yang dah bekerjaya, jadi nak ambik kesempatan la ye. Ada jugak lelaki yang bersifat "kedekut" a.k.a "berkira" dalam perbelanjaan mengurus rumah tangga. Duit mereka nak simpan, konon2 nya nak buat tabungan, tapi sebenarnya berkira sangat dan sayang nak keluarkan duit. Ingat ye lelaki, tanggungjawab seorang lelaki tu sangat-sangat besar dan satu kewajipan yang nyata.  Jangan lepas tangan je walaupun isteri bekerjaya. Gaji isteri bukan satu kewajipan tau, cuma nak MEMBANTU.. p/s: teringat kisah seorang kawan. Si suami sengaja berhenti kerja sebab is

Yang dinanti-nanti

Image
Assalamualaikum dan hai! "Tahniah! Anda telah memenuhi syarat untuk bergraduat tertaklut kepada kelayakan Senat" Akhirnya lepas menunggu berbulan-bulan keluar jugak notis konvokeyen. Ya Allah, hati ni rasa excited sangat2 untuk konvo kali ke- 2. Cuma yang beza nya kali ni dapat pakai topi konvo yakni untuk ijazah! Alhamdullilah alhamdullilah alhamdullilah. Macam-macam dah tengah fikir sekarang. Lama plak rasanya nak masuk bulan enam nih. Mesti best gila2 bila menjejakkan kaki kat dalam dewan konvo nanti. Sekarang pun rasa bukan main teruja sangat dah. Haha. Start kena cari hotel, book flight, cari baju dan kena settle kan maklumat yang diperlukan masa konvo nanti. Berdebarnya..dup dap dup dap.. =)

Baru lepas sibuk

Image
Assalamualaikum dan hai! Kat opis sekarang baru rasa tenang dan cool sikit tau dok. Seminggu dua sebelum nie bukan main kalut dan busy memanjang je kami2 kat atas nih. Opis dah jadi macam kapal pecah dah, penuh dengan kotak-kotak dan kertas. Sampai kan nak tengok kertas pun dah jemuh sangat dah. Tipu la tu kan. =) Yang berkotak-kotak application form untuk kenaikan pangkat staf akademik. Sorang lebih kurang 2-3 kotak. kalau main beratus orang, berkotak katik la gayanya. Hehehe..kat atas ni hanyalah sebahagian kecik je baru, yang lain tak sempat nak snap gambar aihh. Henfon pun dah campak kat tepi. Tapi yang bestnya, ni satu pengalaman yang agak menyeronokkan tau. Sebelum nie kat jabatan mana ada kena uruskan segala benda ni. Bila nak kat atas ni, macam-macam benda baru boleh tahu dan belajar. Letih tu kejap je, tapi yang penting experience orang kata. Hehe..Paling kecian kat bos la, kena hadap form satu-satu. Fuhh, letihhh..kita tengok pun dah letih, dia apatah lagi kan.

Relax + window shopping

Image
Assalamualaikum dan hai! Weekend lepas keluar jalan-jalan sambil window shopping .Dah lama tak keluar sama since sibuk sangat kt ofis etc. Lepas makan2, pusing cari baju plak. Banyak betul sale sekarang, tak musim cuti sekolah pun sale jugak eh? Maybe sale nak pilihan raya kot. Hehe. Tak boleh nak shopping banyak sangat la, nak simpan duit nak travel bulan 6 nih. ke mana? biar la rahsia..haha. Bila dah keluar harus la bersnap picture segala bagai kan. Memang tak sah la kalau tak bersnap sikit pun, dah gila kamera sangat la tu.  p/s: counting days-----> bila gaji bulan empat eh?