Posts

Showing posts from May 1, 2013

Mengundi oh mengundi

Image
Assalamualaikum dan hai! Walaupun PRU13 dah berlalu, tapi bahang kepanasan masih terasa di mana-mana je. Tahniah diucapkan kepada BN kerana berjaya menerajui buat sekalian kalinya. Diharapkan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat akan terlaksana sebaik mungkin. Cuma agak sedih dan kecewa apabila melihat bangsa Melayu kita sendiri bergaduh dan bertelagah dengan perebutan kuasa yang tiada kesudahannya. Bangsa lain pulak bangun dan bersatu padu. Humm.. seriously, pada pandangan peribadi sy, sudah tiba masanya untuk orang Melayu bersatu pada, saling berganding bahu demi bangsa, agama dan negara kita sendiri. Sudah-sudah la berbalah sesama sendiri, yang untungnya bukan kita. Depa-depa yg jadi "penghasut" lagi la bersorak tengok kita bergaduh sesama bangsa sendiri. Humm.Patutnya kita pegang dengan amanat Hang Tuah dulu, "Jangan Melayu Hilang Di Dunia". Ni tak, makin lama bukan setakat dunia je, hilang terus dari pandangan semua kalaulah kita masih bertelagah.

#sayapilihmalaysia#

Image
Assalamualaikum dan hai! Tinggal beberapa jam lagi untuk semua rakyat Malaysia menunaikan kewajipan mengundi untuk PRU 13. Seriously,  sy sangat berdebar untuk mengundi buat pertama kali nya! Masa PRU 12 sebelum ini, masih belajar kat Kuantan lagi, tak terasa sangat bahang politik dan tak alert lagi dengan keadaan semasa. Sekarang ni, bukan main lagi semangat rasanya. Hehe..Bukan main lagi ramai orang kat jalan time2 nih. Tadi keluar pergi kedai depan tu pun jem jalan. Rasanya malam nie mesti ramai orang berkumpul kat atas2 jalan nih. Sebelum jam 12pm jer ye..Lepas tak boleh berkempen dah tau!  Untuk bakal-bakal pengundi, jangan lupa menunaikan tanggungjawab anda sebaik mungkin ye! Kalau boleh, jangan la nak taksub sangat sampai bergaduh dan lupa saudara mara. Pilihan masing-masing dan yakin dengan keputusan yang dibuat. Dah nama pun undi itu rahsia. Ye dok?  Kita Penentu Masa Depan Negara #sayapilihmalaysia#selamatmengundi#