Mengundi oh mengundi
Assalamualaikum dan hai! Walaupun PRU13 dah berlalu, tapi bahang kepanasan masih terasa di mana-mana je. Tahniah diucapkan kepada BN kerana berjaya menerajui buat sekalian kalinya. Diharapkan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat akan terlaksana sebaik mungkin. Cuma agak sedih dan kecewa apabila melihat bangsa Melayu kita sendiri bergaduh dan bertelagah dengan perebutan kuasa yang tiada kesudahannya. Bangsa lain pulak bangun dan bersatu padu. Humm.. seriously, pada pandangan peribadi sy, sudah tiba masanya untuk orang Melayu bersatu pada, saling berganding bahu demi bangsa, agama dan negara kita sendiri. Sudah-sudah la berbalah sesama sendiri, yang untungnya bukan kita. Depa-depa yg jadi "penghasut" lagi la bersorak tengok kita bergaduh sesama bangsa sendiri. Humm.Patutnya kita pegang dengan amanat Hang Tuah dulu, "Jangan Melayu Hilang Di Dunia". Ni tak, makin lama bukan setakat dunia je, hilang terus dari pandangan semua kalaulah kita masih bertelagah.