Tuesday, May 21, 2013

Check list untuk konvo

Assalamualaikum dan hai!

Masa yang dinanti-nanti makin tiba. Makin lama makin tak sabar. Makin lama makin gelisah. Hati tak keruan. Fikiran asyik duk terbayang-termenung-tersengeh-dan segala jenis ter lagi yang ada. Mengalahkan orang nak naik pelamin plak ye dok. Haha. Dalam entry SEBELUM ni, sy ada gtau kan pasal majlis konvokesyen sy pada awal Jun nanti. Masa tu memang la rasa excited sangat, sekarang berplus2 excited lagi tau. Start fikir nak pakai baju apa, tudung apa. Haha..yang tu jugak yang penting! Planning nak pakai peplum riben, tapi tak ingat plak time konvo kena pakai baju kebangsaan a.k.a baju kurung. Hehe..dah lama konvo since diploma dulu.

Untuk majlis konvo nanti, i'ouls akan ke KL dengan achik dan a.lie a.k.a brother in law. Kak tak dapat ikut sama sebab masa tu dia tengah sarat mengandung. Pregnancy diutamakan ye! Hehe. Rupanya banyak jugak urusan konvo nak kena settle kan dan ianya telah pun disettle awal2 lagi dengan bantuan abg ipar dan mommy tersayang. 

Untuk peringatan i'ouls sendiri, better list kan check list kat sini sebab belog bukak hari2 tapi web konvo selalu je tak ingat nak bukak..huahua..

a) Yuran konvo : settle dengan bantuan abg ipar tersayang yg selalu duk peringatkan bila nak bayar bila nak bayar. Alih2 a.lie yg tolong bayarkan dulu ..haha..

b) Semakan status graduan: Hahhh, yang nie yg paling penting sekali. Kan tak pasal-pasal pergi konvo nama tak ada. Memang cari nahas namanya.

c) Semakan sidang: Rasanya i'ouls sidang 3 sesi pagi pada 9 Jun nanti..*noted*

d) Pengambilan & pemulangan pakaian akademik a.k.a jubah: Yg nie kena ambil sehari sebelum graduasi. Maknanya 8 Jun dah kena pergi ambik di OUM KL.



e) Flight ticket: Haha..mulanya ingat a.lie nak drive tapi disebabkan nak feel jadi orang kaya kejap, i'ouls booking je flight. Awal2 lagi cop nak pergi dengan MAS, tapi alih2 dah fully booking plak tau. Awal April lagi MAS dah fully booked. Tak pe lah, guna Air Asia je la. Ops, lupa plak nak print out ticket2 flight. Kena highlight yg nie.

f) Hotel: Nak cari hotel pening jugak sebab kena pilih yg mana dekat dengan tempat konvo a.k.a kat PWTC. Dalam otak duk pikir nak hotel yg ada swimming pool (mana tau sempat menyelam skuba dalam s/pool ke), nak dekat sebab nak jalan kaki je untuk ke PWTC, nak murah sebab budget lain nak spend shopping, nak hotel kelas2 tinggi sebab bajet orang kaya. Haha! Sampai kucing bertanduk sepuloh pun tak kan jumpa gamaknya! Survey punya survey, i'ouls pun berkenan dengan Hotel Citrus. Nak jalan kaki pun boleh sebab dalam 10-15 minit je, swimming pool pun ada and most important masa i'ouls booking tu they'll tengah buat promotion! Apa lagi, sambar terus je laa..*shopping2*


Dan yang paling paling paling paling paling penting ialah gambar konvo. Ala, gambar official yang masa kita kat stage amik scroll tu la. Yang tu la paling penting tau. Kenangan seumur hidup, siap boleh tepek besar2 kat dinding rumah lagi lepas nih.. *perasan nak menunjuk*. A.lie gtau akan ada booth kedai2 photo masa sesi pengambilan jubah nanti. So, adjust duit awal2 lagi untuk gambar saja. Kalau tak silap, dalam RM200++ rasanya. Fuhhh..*money money money*


p/s: Membilang hari........


Monday, May 20, 2013

Review :Produk Spinosa @Twin Lovely

Assalamualaikum dan hai!

Korang pernah dengar tak skincare produk SPINOSA? Sebelum ini, ia dikenali sebagai Twin Lovely. Sy start kenal dengan produk ni dalam bulan Feb, bila bertukar department. Kak Zeti which is my office mate merupakan stokis untuk produk ni.

Kalau u'olls nak tahu, produk nie merupakan produk penjagaan kulit dengan formula terbaik yang dihasilkan daripada teknologi nano. Berbagai jenis produk/ koleksi yang dikeluarkan oleh pihak Spinosa untuk kegunaan semua. Ada mask muka, krim malam, sabun, serum, bb krim, cleansing milk dan sebagainya. Pengalaman sy sendiri menggunakan Cleansing Milk dan Glam Whitening Soap sangat2 la best. Cleansing milk sesuai digunakan masa nak remove make up dan sebagainya. Bau pun best, tak menyengat dan bau ubat2 macam produk lain. Lepas cuci muka, memang terasa segar dan tegang. Tak payah dah nak tepek compact powder banyak2 lepas tu. Kadang-kadang saya just gunakan bedak debu je, sebab muka dah berseri dan bersih.


Cleansing Milk

Kalau tak silap, ada 2 - 3 jenis sabun yang ada. Tapi yang sy paling suka Glam Whitening Soap. Nama pun dah glam kan. haha..Sabun nie lebih kepada untuk menghilangkan sel-sel kulit mati. Tak tahu la orang lain macam mana, tapi pengalaman yg my dad and I guna memang berkesan sangat2. Yang nie dah masuk kali 2/3 dah pre order tau. My dad pesakit jantung, maybe kesan dari ubat yang diambil keluar tompok2 hitam kat atas belakang. Dah banyak produk yang dia guna tapi tak berkesan. Last2 sy beli sabun ni daripada Kak Zeti dan mintak dad guna. Alhamdullilah, seminggu lepas guna nampak perubahan. Kesan-kesan hitam kat atas belakang memang berkurangan sampai sekarang. 

Yang nie Glam Whitening Soap








Kalau u'ols nak dapatkan info lebih lanjut berkenaan dengan produk Spinosa, boleh contact Kak Zeti: 013-9128666.
Facebook: Ciq Tiey Spinosa

Dari Koleksi Premium ke Koleksi Luxe, alamilah transformasi SPINOSA!


Kena audit plak

Assalamualaikum dan hai!

Penat campur letih badan hari ni. Ni pun still mengadap komputer untuk settle kan beberapa kerja ofis. Kalau esok baru nak buat, memang tak sempat la. Sibuk mengalahkan bos kan. Tak pe la, bos tak ada kita la bos.huahua!

Entry sebelum ni sy ada inform yang ada auditor nak datang audit pejabat kan. Hahh..nie la nak cite nya. Banyak sangat kena buat, itu la ini la. Haii, tak tahu la sempat ke tak nak buat sebelum 28 Mei. Sebab on 28, they'll akan datang audit sekali lagi. Kat ofis kitorng nie first time nak buat 5S tau. Nasib baik la auditor yang datang hari tu memang baik gile2 la. Siap briefing dan guide we'll lagi cara-cara nak start guna konsep 5S kat ofis. Lepas ni memang mengalahkan ofis orang jepun la..haha..perasan* Tapi yang paling tak leh tahan nya, nak kena tempek segala bagai kat alatan la, SOP la and bla bla bla..Uchh, such borink!

Hari ni sy start dengan buat labeling kat semua fail meeting bos. Punya la banyak, sampai tak tersiap pun lagih. Tingal selerak gitu je kat ofis tadi, tak larat den nak kemaskan lagi. Masa big bos tak ada nie la boleh buat kerja-kerja macam ni, kalau dia ada jangan harap la. Nak pegang gunting pun tak menyempat tau. Esok kena simpan dan kemaskan bilik bos plak. Dia dah siap pesan sebelum bertolak hari tu " Rina, I serahkan kat U je, tapi jangan terlebih simpan sampai I tak boleh cari pulak"! Haha..


Singgah beli kertas kaler-kaler nak buat labeling untuk 5S nanti. Nanti nak claim balik duit dengan bos. haha..

Lupa plak, hari ni achik tumpang sekali ke ofis sebab kereta dia masuk workshop. Tapi bila nak balik petang tadi, boleh plak tak teringat nak ambik dia. Haha..nasib baik ada kat depan2 tu je. Sape suruh tak remind, ye dok? Haha..



Sunday, May 19, 2013

Kisah Pagi#1

Assalamualaikum dan hai!

Morning sunshine..Hari ni turun awal lagih dari rumah. Melencong ke 7e dulu nak cocok duit. Poket dah kering gara-gara sponsor abg mekanik beriban sebab kereta rosak last week. Masa hantar kereta dulu, minyak rasanya banyak lagih, alih2 sekarang tinggal dua bar je lagih. Adehh..pedih* Melencong la plak ke stesen minyak. Nasib baik hari ni line clear, tak dop jem pun kat jalan. Sharp2 8.05am dah bertapak kat parking kereta. 

Nampak cik zira bersengeh sambil hon kereta kat tempat parking. Suka la tu..Eh, lupa nak habaq zira dah bertukar department tau. Dulu dia kat Institut Penyelidikan (INFORMM), sekarang dah masuk ke fakulti @ pusat pengajian perubatan sama macam sy. Cuma lain-lain department je. Hehe..Senang la nak ke opis dia sekarang. :)

kat tempat parking pun jadi la..huahua..

Okeiy la, nak sambung kerja plak. Lepas ni ada auditor nak mai audit @ briefing kot sikit sebanyak berkenaan 5S. Orang lain dah lama start, kita baru nak mula. Huahua..

p/s: baru teringat kena isi back dated cuti sebab last week emergency leave..fuhh..nasib baik la teringat.