Thursday, July 3, 2014

Honeymoon Part 3 : Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort

Sambungan...

Entry kali ni siap bersambung-sambung plak
actually, sebab tak sempat nak siapkan semalam
ada kerja yang perlu disettle kan urgently
so..here we go
Second day kat sana
kitaorang keluar jalan-jalan
Ada banyak tempat jugak yg ada
cantik-cantik plak tu
antara nya Japanese Village, Botanical Garden, Mini Animal Park
padang golg, horse riding, sport complex, spa dan lain-lain
tapi we'' ll tak pergi semua la
just jalan-jalan kat Japanese village, botanical garden and animal park :)
nak ke semua tempat ni ada shuttle
so, guest yang tak bawak kereta tak perlu la jalan jauh-jauh
shuttle tu free je
cuma bayar entrance ticket nak masuk ke tempat2 tu je
bayaran pun tak la mahal..berbaloi
shuttle ni setiap masa ada
they'll akan ambil dan pickup

 Shuttle yang we'll naik macam kat belakang tu. Yang kaler putih tak ada tingkat. 
Nasihat free; sila pakai seat beat kalau tak nak jatuh tergolek dari cerun tinggi.  (^,^)




Tempat menunggu shuttle..First come first serve


Yang paling sy suka Japanese Village. Memang cantik sangat-sangat. Terpegun tengok keindahan semulajadi. Lebih-lebih lagi time atas bukit macam ni. Tersangat la tinggi.
Nak naik ke Japanese Village ni kena jalan jauh sikit. Pak cik shuttle just bawak sampai bawah je. Kena naik tangga dan jalan sikit. Exercise oochhh


Yang ni botanical garden. Sape-sape yang minat dengan pokok-poko, bunga ke boleh la ke sini. Depan gate ni ada jual air. Siap beli dah. Panas ouchhh




























 Rumah style jepun. Boleh pakai kimono dan bergambar. Semua berbayar (^,^)
Tak ingat harga berapa. Hubby tak nak pakai baju ni. Dia kata bagi can kat budak-budak kecik je laa..sadis betullll




Lepas puas ronda-ronda dalam tu, kitaorang ready for next trip. Turun tangga plakk..letih ouchhh

Sambungan part 4 plak.. (^,^)(^,^)

Wednesday, July 2, 2014

Honeymoon Part 2 : Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort

Sambungan..

Untuk ke Colmar ni tak susah sebab ada shuttle
dari airport kami terus ke Berjaya Times Square (TS) untuk naik shuttle
Terima kasih Acik sebab susah susah ambil kami kat airport and arrange everything untuk kami
sayang acikkk.. :)
Untuk naik shuttle ni, kena beli tiket kat TS
tiket ni sekali dengan pakej untuk masuk ke Botanical Garden and Japanese Village
kat Colmar Tropicale

Lepas settle tiket and everything, terus gerak ke Colmar
Dari TS ke sana lebih kurang satu jam rasanya
dalam van shuttle ni penuh mat2 saleh saje
kami berdua je malaysian
bajet-bajet mat saleh jugak laaa (^,^)

Kami stay kat sana 3 hari 2 malam
memang best sangat-sangat
tempat yg sangat interesting
siap ada kedai souvenir lagi
cafe tak payah cakap la
Ada 9 restoran dengan berlainan konsep
Ada yang ala-ala french, italian, malaysian, asian etc
harga memang up sikit la kan
satu pinggan dalam rm20 kot..lebih kurang la
tapi makanannya memang puas hati :)


Hubby awal-awal dah cop nak amik gambar dulu kat bridge ni..
dia kata takut esok ramai orang sebab weekend..hihi..


Pn Wifey amik gambar keesokkanya. Mana ada orang incik hubby oiii..
siap boleh terlentang kat depan tu lagi



















La Boulangerie, kedai Roti ala-ala French. Roti kat sini sangat-sangat best. Siap beli bawak balik kb. 


First restoran yg kami jejak ialah Le Cicogne. Makanan kat sini boleh tahan, banyak plak tu. Ala-ala French dan juga modern style. 


La Blason..Fav restoran kami sebab kat sini serve masakan Malaysian..Harusla..
Time kitaorang kat sini, they'll buat secara ala carte sahaja. RM50 per head. Harusla boleh makan segala jenis makanan yang ada. Kenyang sampai ke subuh.




Selfie sebelum order makanan adalah satu kepastian yang nyata ketika bercuti ye.. (^,^)




Berhadapan dengan bangunan ni, bangunan bilik kitaorang. 
Tak sempat nak snap picture sebab berat bawak barang. 


Bilik Suite. Harga tak ingat plak brapa. Kena tanya hubby. hikhik
Sangat-sangat puas hati dan besar. Siap ada ruang tamu, dapur dan 1 ruang bilik tidur. Kalau nak bawak satu family pn muat rasanya. Hehe


 Pandangan dari bilik


Selepas rehat-rehat dan solat, kami turun untuk dinner.
Semestinya ke restoran yang ada nasi! 
Tak kan nak makan pizza, pasta malam-malam ni.
Perut orang melayu memang tak leh lari jauh dari nasi. Adehh



 Gambar nasi tak sempat nak snap sebab terlalu lapar..haha




Time khusyuk punya makan, ada geng datang menyanyi kat tepi meja. Cuak jugak rasa, kot2 dia suruh kita nyanyi ke apa kan. haha..hubby siap request nak mintak lagu special tapi kesudah asyik makan je. last-last geng tu pergi meja lain







Lepas isi perut, just jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar
Kalau tak silap, malam tu ada live show dari group2 french
Badan pun dah penat, terus balik tidur even show tak habis lagi
Sambungan next entry... (^,^)(^,^)


Honeymoon Part 1: Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort

Assalamualaikum dan hai..

Ramadhan ke 4
Mood kerja entah ke mana sekarang ni
malas memanjang je rasanya
check in ofis, bukak pc ---> melayang
bagus sangatla..contoh pekerja terbaik
Dua tiga hari ini cuaca mendung memanjang
alhamdullilah, tak letih sangat berpuasa
terima kasih, Ya Tuhan :)

Masa belek-belek pc menghabiskan masa kat opis
terjumpa folder-folder gambar 3-4 bulan lepas
yang paling menarik minat nak belek gambar time "berhoneymoon" dulu..
honeymoon ke? hihi
tak ada la..just jalan-jalan perhabis duit hubby je (^,^)

Sebelum ini, we'all plan lepas nak jalan-jalan kat langkawi
tak pernah lagi gua sampai langkawi..uhuk2..sadis gile
memang teringin sangat nak pergi langkawi
tapi apakan daya plan selalu tak menjadi
tak apala, ajak hubby pergi tahun depan plakkk..pleaseeeeee

Hotel Bella Vista Langkawi
Mulanya booking dan siap bayar untuk stay kat sini. Tempat ni memang cun gile.Tapi terpaksa cancel plan last minit memadangkan keadaan tak mengizinkan. Nasib baik dapat refund balik. Boleh nangis berlagu kalau tak dapat, hangus kat seribu ringgit. :)




After a few months, hubby ajak pergi bercuti
kite on je bab jalan2 ni, lagipun cuti masih banyak lagi..
kira budget semua skali, kira on la
Alhamdullilah, ada jugak rezeki berhoney-honeymoon :)
Tempat pilihan hubby Colmar Tropicale Berjaya Hills
Seriuos, tak pernah dengan pun nama tempat ni sebelum ni. Betapa jakun nya hakuu
Google punya google, punyala cun gile tempat ini.
memang rasa tak sabar terus nak terbang pergi sana




Cantik kan? Tempat ini ala-ala French style
Semua bangunan bercirikan French
terpegun kali pertama tengok
terima kasih hubby sebab bawakan!! :)
untuk story kat Colmar, next entry la sebab dah panjang entry ni..