Posts

Showing posts from July 20, 2014

Doa untuk suami

Image
Assalamualaikum dan hai.. Bismillahirahmanirahim.. Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah jika masih ada di langit maka segera turunkanlah untuknya jika tertahan didasar bumi hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannnya Ya Allah.. berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.. Aamin..

Jangan Ingat Kita Masih Ada Esok

Image
Assalamualaikum dan hai.. Terdetik nak share satu nukilan yg masuk feed fb Mungkin ianya boleh "membuka" mata kita .. "Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone. Jauhkan Ipad. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut. Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan,  percayalah rezeki di tangan Allah. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya. Sentiasa peluk cium anak-anak,pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan/ ciuman terakhir buat mereka. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll..Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang.  At least cakap "saya meeting". Jangan biarkan panggilan tak berj