Kesihatan Mental


Pernahkah kita mendengar perihal penyakit mental?? Apakah sebenarnya yang dinamakan penyakit mental?? Pada amnya masyarakat umum masih mempunyai stigma yang tinggi terhadap pesakit mental ini. Ungkapan "si gila" sering bermain di bibir umum bila ditanya perihal penyakit ini. Tapi pernahkah kita terfikir, apakah sebenarnya yang dikatakan penyakit mental?


Masalah mental adalah penyakit yang melibatkan ganguan pada fungsi otak yang boleh menyebabkan perubahan kepada proses pemikiran dan tingkahlaku seseorang yang mengakibatkan gangguan kepada aktiviti seharian dengan baik. Pada masa kini, masalah mental telah menjadi salah satu ancaman untama kepada seluruh penduduk dunia. Penyakit mental tidak hanya tertumpu kepada sesetengah kategori umur tapi melibatkan semua golongan. Mengikut statistik penduduk di Malaysia, sekurang-kurangnya seorang daripada sepuluh penduduk mengalami sakit mental bermula daripada kemurungan sehingga ke tahap schizophrenia.



Punca penyakit mental:
T
erdapat pelbagai punca penyakit mental. Antaranya adalah;
    1. Baka
    2. Biokimia 
    3. Persekitaran


Antara jenis-jenis penyakit mental:
    • Neurosis dan Psikosis 
    • Penyakit mental organik seperti nyanyuk 
    • Gangguan personaliti 
    • Psikiatri di kalangan kanak-kanak seperti autism dan hiperaktif 
    • Ketagihan dadah dan alcohol 
    • Percubaan membunuh diri 


Diantara tanda-tanda seseorang mengalami ganguan mental/ emosi:
  • Fizikal:
    • Gementar, mudah berpeluh
    • Bernafas laju
    • Kurang selera makan
    • Cepat letih
    • Mudah mendapat serangan penyakit seperti asma, masalah penghadaman, sakit kepala, asma, gatal-gatal
    • Masalah hubungan kelamin (kurang minat dalam hubungan seksual)
  • Psikologikal:
    • Kebimbangan
    • Perubahan emosi
      • seperti tekanan perasaan, kekecewaan, lemah semangat, mudah marah
    • Susah untuk tidur
  • Gangguan Fikiran:
    • Sukar membuat keputusan
    • Kurang berminat terhadap aktiviti seharian
    • Sering berfikiran negatif : hilang keyakinan diri, penurunan kekuatan mental dalam menghadapi perasaan bingung, takut, kecewa dan cepat marah
  • Tingkahlaku:
    • Suka gigit jari, mengetap bibir, kerap menggerakkan kaki
    • Bercakap dengan cepat dan kuat
    • Kurang produktiviti kerja
    • Kurang kecekapan diri
    • Perasaan yang negatif:
      • Mudah tersinggung
      • Suka memberi komen dan kritik orang lain
      • Bertindak secara tidak logik dan terlalu beremosi
      • Boleh bertindak ganas
Rawatan Penyakit Mental

Penyakit mental masih boleh diubati. Kemajuan dalam bidang perubatan moden telah membolehkan penemuan ubat-ubatan yang lebih berkesan di dalam merawat penyakit mental. Selain daripada ubat psikotropik, pendekatan sokongan sepertti kaunseling, psikoterapi, terapi kognitif, terapi berkelompok, pendidikan psikolohi, terapi pemulihan carakerja dan pemulihan psiko-sosial telah terbukti kepentingannya.

Bantuan boleh diperolehi melalui semua hospital dan klinik kesihatan di Malaysia yang mempunyai anggota yang telah dilatih untuk memberi rawatan kepada mereka yang mengalami masalah penyakit mental. Pakar Psikiatri akan dirujuk untuk kes-kes yang rumit.



Secara amnya, kita akan mempunyai kesihatan mental yang positif sekiranya:
    • Selesa dengan diri sendiri
    • Selesa dengan orang lain
    • Selesa dengan persekitaran
    • Dapat memenuhi tuntutan kehidupan

Di dalam entry selepas ini, akan dimaklumkan 
berkenaan dengan sambutan hari kesihatan mental peringkat USM, Kelantan. 






Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market