Sunday, August 24, 2014

Projek buat dadih

Assalamualaikum dan hai..

Projek weekend minggu ini ialah buat dadih.
Hehe..hubby suka sangat makan ala-ala puding gini..
Minggu lepas sy buat puding triffle dan kek kastard jagung..
nasib baik menjadi..
baru cuba-cuba nak start  buat puding
borink la asyik makan kek je kan
lagipun sekarang ni musim panas
best kalu makan puding-puding gini
sejuk la sikit tekak ni
Tak sempat nak snap picture masa buat dadih
tapi senang je nak buat
guna serbuk dadih segera. senang dan cepat siap

Bahan-bahan nak buat dadih:
3000ml air kosong (kalau tak ada alat sukatan, boleh guna botol mineral 1.5L untuk sukat (1.5L x 2 botol = 3000 ml)
100 gram gula
1 tin susu cair (390ml @ 400ml)
1 bungkus dadih segera (depends atas fav masing-masing nak perisa apa)


Nak masak dadih tak susah. Senang sangat je.
Didihkan air dalam periuk bersama dengan susu cair.
Selepas mendidih, padamkan api dan campur kandungan dadih tadi.
Masukkan gula dan kacau sehingga sebati.
Bila dah sebati, tuang dalam bekas acuan.
Masukkan dalam peti sejuk untuk bekukan!
Kan dah siap! Senang je..hehe

1 serbuk dadih sy blh dapat dlm 30 bekas seperti gambar kat atas ni
Hubby siap pack bawak pergi ofis..10 bekas plak tu..hehe

Nanti kita share resepi puding triffle plak ye!


No comments:

Post a Comment