Nasi lemak



Hari yang ke-3 menjalankn kursus.Participant, speaker sumer okieyy.. Berbrekfast dgn NASI LEMAK hari ni.!! Agak menyelerakan dgn perut yg mmg berkeroncong dari subuh lagi..

2 jam kemudian..

Wahhhhh..Mengantuknyeee!!!!! Mata dah berair2, jam baru jam 10++..Rasanya dh tido awal semalam..Kenapa ye?

NASI LEMAK PUNYER PASAL KER??

Kenapa nasi lemak menyebabkan rasa mengantuk yang teramat?? Pelik kan..Nasi lain okeiy jer..Makan berpinggan2 pom tak da rasa mengantuk.

Jom kita check sedikit info:

L-Tryptophan adalah asam amino yang menjadi bahan dasar terbentuknya niacin, vitamin B.   Niacin sendiri akan dipakai untuk membuat serotonin, zat penghantar sinyal di otak yang  dapat menimbulkan perasaan nyaman dan menyebabkan kita jatuh tertidur. Makanan yang kaya karbohidrat seperti nasi, akan merangsang pankreas untuk memproduksi insulin, yang akan menyimpan makanan dalam tubuh. Beberapa asam amino lain yang tadinya terkandung di dalam darah bersama-sama dengan L-Tryptophan, akan masuk ke dalam sel otot. 
Akibatnya, akan terjadi peningkatan pada konsentrasi relatif L-Tryptophan dalam darah dan serotonin yang terbentuk membuat kita mengantuk.

Proses pencernaan makanan.Tubuh akan mengirimkan darah ke sistem pencernaan karena proses pencernaan membutuhkan energi yang cukup besar, apalagi kalau makanan yang perlu dicerna mengandung banyak lemak. Energi yang diperlukan juga akan semakin bertambah besar seiring dengan semakin banyaknya makanan yang kita konsumsi. Pada saat ini, sistem saraf juga menyumbangkan sebagian stok darahnya dan sebagai akibatnya, sistem saraf akan mengalami kekurangan oksigen untuk sementara. Menurunnya efektivitas kerja saraf pada saat sistem pencernaan bekerja inilah yang juga membuat kita ingin tidur siang.




OO..PATUT LA RASA MENGANTUK..TAPI TAK ADA KER CARA NAK ELAK DARI MENGANTUK KALAU MKN NASI LEMAK..

"RASANYA MCM ADA PETUA LA..JUM KITA TENGOK"


1. Banyakkan bergerak. 
Rasa mengantuk sukar dihindarkan apabila terlalu lama duduk di depan komputer, apatah lagi jika perut kenyang. Jalan cepat atau lebih baik, menaiki tangga (dua ke tiga tingkat) sehingga terasa degupan jantung menjadi pantas.

Senaman ringkas ini memberi tenaga kepada anda dan ia disimpan dalam memori badan sebagai aktiviti cergas yang boleh disambung selepas balik daripada kerja. Jika tidak pun, lakukan senaman regangan di pejabat.

2. 
Minum air kosong. 
Mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap tafsir keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.

Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.

3. 
Tidur sekejap selama 10 hingga 15 minit. 
Kajian menunjukkan tidur sekejap bukan saja boleh mengatasi masalah mengantuk pada waktu petang, tetapi membuat kita segar dan mampu memberi tumpuan lebih baik ketika melakukan kerja.

4. 
Makan sedikit tetapi kerap.
 Usah makan hingga terlalu kenyang, tidak kira berapa sedap pun makanan yang terhidang. Jika anda banyak makan, badan terpaksa menggunakan lebih tenaga untuk pencernaan. Ini bermakna lebih banyak darah perlu disalurkan ke usus dan bekalan oksigen ke otak akan berkurangan. Ini antara punca menyebabkan anda berasa lemah dan mengantuk.

5. 
Pilih sumber makanan berbeza. 
Bawa snek seperti biskut kraker yang rendah lemak. Biasanya biskut kraker mengandungi karbohidrat yang mudah diproses untuk memberi tenaga segera. Buah-buahan juga baik untuk dijadikan snek penghilang rasa mengantuk.

6. 
Jangan makan gula-gula atau minum minuman manis, termasuk kopi. 
Ia tidak membantu menghilangkan rasa mengantuk, malah mungkin membuat masalah anda bertambah teruk. Kajian penyelidik di Universiti Manchester menunjukkan kandungan gula dalam makanan (glukos) boleh menghentikan sel otak daripada menghasilkan isyarat yang membuatkan kita berjaga. 


"YES!! LEPAS NIE BOLEH MAKAN NASI LEMAK KT OFIS & SEBELUM PERGI KULIAH..DAH TAK MENGANTUK DAH"





Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Date at Manhattan Fish Market