Tuesday, October 30, 2012

Ceritera akhir bulan


As Salam,

Hari nie dah 30 Oktober 2012. Tinggal beberapa hari lagi nak masuk November. Cepat gile masa kan? Kejap je, dah nak masuk akhir tahun. Yang bestnya bulan Dec nanti saya kan grad! Wowowowo..cepatlah wahai masa, tak sabar dah nie nak konvo pakai jubah yang besar bedebok dan topi yang berjuntai tuh! 

Bulan 6 lepas, kitaorang pergi KL sebab Kak Fify konvo di PWTC. Meriah gile time tu,tambahan plak time tu ada karinval anime. Macam-macam pesen anime yang boleh tengok. Yang saya ingat ada sailormoon, kiut gile depa tuh. Ingatkan budak-budak jepun yang pakai kostum tu, tapi rupanya budak melayu je. Hehe..effect make up punya pasal, melayu pun jadi jepun..Sebelum konvo akak, konvo Achik kat Kuantan, date lebih kurang je. Time tu Petronas kaut untung berlipat ganda dengan ketravelan kami merata-rata tempat. Cewahhh..

Meriah sangat kan?  Tahun depan turn saya plak! Nanti pergi ramai2 ye!


Konvo Achik kat Kuantan..Kalau tak silap, tempat ni Dewan Jubli Perak kot..
* Ye ye ye, I'm looking chubby here! I know la*

Okay2, berbalik citer bulan November plak. 6 November nanti birthday Cik Farah. Aishhh, pening duk pikir nak bagi apa. Kalau tak silap, tahun lepas bagi present kasut ke? Dah lupa la..Ker handbag ye? Budak tu memang high taste tak bertempat, nak barang yang mahal je. Dia tak tahu ke yang kite nie pokai je, lebih2 lagi tengah bulan nie. Ahakzzz..Senang-senang tanya je dia nak apa, tak payah nak pening kepala pikir tapi dengan syarat budget bawah lima puloh hinggit! hahahahaha..*gelak jahat*

Tahun lepas kami-kami celebrate birthday sama. Lagipun birthday kami dekat-dekat je..*tengah pikir nak minta hadiah apa nih*. Oohh mai! I'm just remember! Tahun nie saya punya birthday jatuh pada Hari Keputeraan Sultan Kelantan and then sambung direct cuti ke Deepavali and Awal Muharam. Oocchhh..I just love holiday yarr!

Masa duk godek-godek tab, terjumpa gambar masa birthday party abah and mother's day celebration awal tahun nie.


Family is my priority after Allah and Rasul..


Ishhh budak tecik nih! Ingat nie katil ke nak landing2..


Tu diiaaaaa! Hadiah besar gedebok! Haha..


p/s: Tahun nie nak minta hadiah besar-besar. 
Kalau tak mintak, konpem tak ada orang nak bagi! Haha..kan kan..


1 comment:

  1. haruslah cik ngohh.. i kan nak kawen ngan orang kaya. kena praktis awal2 la. LOL. bhahahaha. tahun ni x mtk byk, beli casing i-fon hok kito d kbmall ari tu jahhhhh ;)

    ReplyDelete