Monday, December 17, 2012

Jalan jalan petang

As Salam,

Hari ni sy cuti tau. Ambik cuti direct minggu nie, akhir3 tahun nie pehabis cuti yang mana ada je la, baki cuti yang ada lagi forward je tahun depan. Mana tahu kot3 nak kahwin ke tahun depan, boleh guna cuti g honeymoon Ye dok? Huahua..

Semalam exam Marketing Strategic. Hurmm..berdebar tunggu result untuk paper nih, kurang konpiden sikit.  Tinggal satu paper je yang belum dihabiskan lagi sebelum tamatkan degree ku. Alhamdullilah, perjalanan dah hampir sampai ke penghujungnya. Hari ni duk kat umah jadi suri rumah sepenuh masa je tau. Haha! Amat3 jarang berlaku! Sampai lah jam 4.30 petang, rasa blur tak tahu nak buat apa. Tengok tibi kan tak da citer best.

Adik: Angah, jom pi tutti frutti!
Angah: Berehh..jom la, ajak syahmin and d geng sekali!

Hehe..Tup3 kuar dengan adik3 g jalan-jalan petang kat tutti. Lama woo tak makan tutti. Rasanya nie kali kedua lepas raya hari itu. Lepas makan jalan-jalan kat KK kejap, singgah watson beli mask muka. Muka dah pelik semacam lama tak tepek mask!







My little princess with her yummy tutti!
Melayang empat puloh lapan hinggit lima puloh sen makan tutti! Tak pe, esok gaji! Ahakz!




No comments:

Post a Comment