Jawapan :Rahsia Dirimu Sudah Terbongkar [Part 1]

As Salam,

Okeiyh, ini adalah jawapan kepada entry Rahsia dirimu sudah terbongkar!! [Part 1]..Ready? Jom tengok jawapan:

1. Gambar pokok.
Cuba tengok pokok yang dilukis itu berada di tengah2 kertas, ataupun disebelah kiri ataupun di sebelah  kanan. Setiapnya ada rahsia sendiri!

Pokok berada ditengah2 kertas:
Seorang yang mempunyai keseimbangan dalam hidup. Pemikirannya seimbang dari segi positif dan negatif.

Pokok berada di sebelah kiri atau lebih kepada ke arah kiri:
Seorang yang lebih berpandangan negatif. Kebanyakkan apa yang difikir akan ke arah negatif. 

Pokok yang berada di sebelah kanan atau lebih ke arah kanan:
Seorang yang lebih berpandangan positif. Kebanyakkan apa yang difikir akan ke arah positif.

Saiz pokok:
Besar : Seorang yang sangat yakin kepada diri sendiri.
Kecil  : Seorang yang kurang keyakinan terhadap diri sendiri.

Dahan:
Sekiranya terdapat dapat dahan pada pokok yang dilukis, ini bermaksud memikirkan sesuatu perkara yang lain daripada yang sedang dilakukan sekarang. Contohnya, sekarang kita sedang bekerja di company A.Sekiranya ada dahan, ini membawa maksud yang korang sebenarnya sedang fikirkan nak kerja kat company lain dan masih mencari-cari arah tuju kerjaya yang lebih diminati atau yang lebih baik lagi.

Buah/ bunga pada pokok:
Sekiranya dalam lukisan ini, korang lukis buah atau pun bunga pada pokok, ini bererti korang tak happy time lukis benda ini. Fikiran korang ada kat tempat lain. Betul tak? ^_^

Akar:
Oucchhh..ini bahaya! Ia bermaksud sebab ianya bermaksud "parasit". Ini bermaksud dalam hidup korang, ada je someone yang nak bergantung dengan korang. Kadang-kadang naik rimas jugak kan? Ouchhh..


2. Kotak:
Besar :  Membawa maksud kita mempunyai impian yang besar untuk dicapai. Tapi bila berada di satu tahap, kita akan biarkan apa yang sedang berlaku itu terus berlaku dan tak berani untuk keluar dari "kotak" itu.

Kaca: Sekiranya masa tengah lukis kotak, korang bayangkan kotak jenis kaca, ini bererti kita berani untuk berkongsi impian kita dengan orang lain.

Batu/ Kertas: Sekiranya korang bayangkan kotak ini daripada batu/ kertas, ia membawa maksud impian yang rapuh. Uhuk3..

3. Kuda:
Membawa maksud orang yang akan menyokong atau yang selalu support kita untuk menggapai impian. Contohnya seperti husband, wife, kawan, parents dll.

4. Bunga:
Cuba tengok bunga yang korang lukis. Banyak tak kelopak? Ini membawa erti kawan yang korang ada  dalam kehidupan. Ianya lebih kepada best friend kita la. Kalau kawan, kan terlampau ramai plak kan.

5. Tangga:
Yang nie sy tak ingat. Hehe..Sorry ye! Kalau ingat, sy update terus ye!

6. Ribut taufan:
Ribut ini bererti masalah atau halangan yang korang hadapi untuk mencapai impian. Cuba tengok kat lukisan, ribut tu berada di bahagian mana. Contohnya, sekiranya korang lukis ribut berada disebelah bunga, ianya bermaksud halangan/ masalah yang korang hadapi adalah disebabkan oleh kawan. Sekiranya ribut itu berada di atas semua gambar, ia bermaksud, yang korang hadapi banyak masalah dan halangan dengan  orang lain disekeliling. Tapi jika ribut berada dibahagian paling bawah dan berada sorang-sorang (kat kanan dan tepi tak ada gambar lain), ini bererti korang tak ada masalah nak capai impian. 

Hahhh..macam mana? Ada yang sama tak? Hehe..
Sy akan buat satu lagi entry berkenaan rahsia diri! Yang nie lebih kepada orang yang bekerjaya dan bagaimana nak kenali diri kita di tempat kerja. Stay tuned!




Comments

  1. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat
    Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino
    Link Alternatif :
    www.arenakartu.cc
    100% Memuaskan ^-^

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market