Thursday, December 27, 2012

Perjuangan hampir ke penghujung

As Salam,

Jam menujukkan hampir pukul 11.00 malam dan sy masih berada bersama dengan buku-buku untuk ditelaah. Esok adalah antara hari yang paling sy nantikan sejak dari 4 tahun yang lalu. Esok jam 11 pagi akan tamatnya perjuangan sy sebagai seorang mahasiswa. Dan ya, esok, 28/12/12 jam 8.30 pagi sy akan menduduki peperiksaan untuk subjek terakhir sebagai pelajar Ijazah Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian). Berdebar-debar rasanya, gembira, terharu tak dapat nak diungkapkan. Setelah sekian lama mengharungi segala kesusahan menempuhi alam pekerjaan dan belajar dalam satu masa, ianya amat sukar untuk diucapkan dengan kata-kata. Satu kepuasan lahir dalam diri dan akan ku buktikan bahawa diri ini juga mampu untuk berjaya, menggengam segulung ijazah. 

Mungkin tidak pernah orang lain mengerti betapa hati ini sakit apabila pernah dipandang rendah, dipandang tiada nilai hanya kerana tiada segulung ijazah dalam gengaman. Nilai hatiku hanya dipandang atas dasar segulung kertas ini semata-mata? Betapa kerdil nya diri dirasakan. Tak kan pernah luput dari ingatan. Semangatku kuatkan, pegangan ku kemaskan, saat itu diri berjanji akan berusaha untuk berjaya, menempuhi cubaan dan dugaan. Hari ini sy mampu untuk tersenyum puas. Jauh sekali untuk menunjuk, riak kepada orang lain, tapi sebagai penghargaan kepada diri sendiri. 

Dalam perjuangan ini, hanya Allah yang mengetahui kesusahan, kesakitan dan dugaan yang terpaksa dilalui. Pernah ku jatuh sehingga rebah dipangkuan bumi, namun Dia meminjamkan sedikit kekuatan kepada diri ini untuk terus bangkit dan bangkit mengharungi segalanya.   Sungguh, tanpa hikmahNya, perjuanganku tak kan pernah sampai sehingga ke hari ini. Terima kasih Ya Allah. Syukur syukur syukur alhamdullillah.

Namun ku tahu, perjuangan yang hampir kepada penghujung ini hanyalah satu permulaan. Permulaan kepada sebuah kehidupan baru.






2 comments: