Rindu Laa

As Salam,

Rindu? Tetiba jer rindu nih.. Kat sape plak? Hehe..Tak ada la, title jer lebih gayanya. Actually, bila duk tengok orang buat business online nie, rasa rindu plak nak come back berbisness online. Setahun lepas, sy, kak, abg dan adik2 pernah run busines online nih. Kami jual tudung dan kain pasang. Memang seronok buat busines cara ni. Modal pun tak banyak sangat, asal ada supplier yang ok, ok la busines kecil-kecilan kami nih. 

Masa first start, rasa takut jugak. Ye la, dengan pesaing daripada luar yang memang dah lama bertapak, banyak choice lagi. Takut jugak la kot3 tak ada sambutan. Tapi alhamdullilah, rezeki tak ada siapa yang dapat duga kan. Busines kami berjalan dengan lancar dan dapat sambutan daripada ramai. Mula-mula tu member3 je la yang order, lepas tu mula perbesarkan sayap..cewaahhh* 

Hasil keuntungan pertama kali, sy grab Galaxy Tab 7.0 plus. Masa tu baru je beberapa minggu keluar di pasaran. Kalau tak silap, harga dalam RM1700++ lagi. Rasa sangat berbaloi3 tau. Kalau nak tunggu duit gaji bulanan, memang lama la kena menabung. Hehe..Tak lama lepas tu, kami masing-masing makin sibuk. Sy bizi dengan study, kerja lagi. Rasanya tak sempat nak handle. Business online nie kita kena selalu check email, mesej dan always update tau. Kalau tak, customer lari. Last stock kami keluarkan adalah tudung yang macam kat bawah tu. Last3 achik sorang jer yang handle. Tapi dia dah ada busines online sendiri iaitu FA De Phileo.. 

Kalau ada rezeki lagi, Insha Allah, kami akan buat come back. Cuma tak tahu lagi la bila..hehe..


Jadi model cilok masa zaman dulu kala..hehe..

Sebelum buat bisnes nie, sy pernah join satu contest iaitu Pencarian Model untuk Tudung Fareeda 2011. First time join benda alah gini. Sy dapat info pun dari member kat USM ni, Kak Sarah. Dia la yang ajak join. Masa tu Kak Sarah dah menang untuk mingguan dan dipilih untuk ke peringkat final nanti. Bila tengok Kak Sarah promote, macam best la jugak kan. Apa salahnya kalau join kan? Saje suka2..hehe..Salah satu syarat nak join kenala beli tudung Fareeda dari dealer yang sah dan hantarkan salinan resit serta gambar masa pakai tudung tu. Masa tu abah yang sponsor RM200.00 nak beli tudung. Semangat punye pasal kan* cam abah je lebih3 nih*..Then, snap picture and send email to FAREEDA. 


Contest nie jalankan selama 12 minggu rasanya. Setiap minggu, gambar pemenang akan disiarkan dalam akhbar Kosmo. Fuhhhh..tunggu punye la tunggu..Jumaat berikutnya, pagi2 lagi pergi beli paper. Kot2 la ada rezeki..Jeng jeng jeng..Cari punya cari, jumpalah iklan Fareeda. Wahhhh* gambar saya ada la! Yes yes yes! Menang untuk first round. Happy giler mengalahkan masa ambik result SPM dulu. hikhik..Sy dan beberapa orang lagi menang untuk minggu ke - 11 dan akan ke final selepas itu. Tapi rezeki sy sampai disitu sahaja sebab 2 -3 hari sebelum final (kat KL), abah masuk ICU kerana sakit jantung. Abah lebih penting kan. So, bye3 final...Lain kali join lagi..hehe..*




First time masuk paper nih..


Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market