Trip to Kedah: Hotel Harvard Suasana

As Salam,

Tengok tittle bukan main lagi ye! Macam pergi holiday plak..Hehe..Actually, sy ke Kedah last week sebab ada kursus untuk geng3 Setiausaha Eksekutif. Kursus ni anjuran kami punye organisasi yang terchenta iaitu USM. Kursus ni kat Hotel Harvard Suasana, Bedong, Kedah. Sebelum tu, pihak admin maklumkan yang ada lagi satu kursus kat Terengganu at the same date and time! Tapi, tak nak pergi la. Dah banyak kali pergi Terengganu. Pergi Kedah la plak..sigh*

Kami bertolak dari USM, KK dalam jam 10.30 malam hari Khamis..Daripada kampus kesihatan, dalam 13 orang je. Yang lain dari Induk, Kejuruteraan & IPPT. My bestie, Zira pun join sekali! Lucky me! Memang bertenggek dengan dia je la sepanjang kursus. Sempat jugak kami3 singgah kat Jeli untuk suffer, rasanya masa tu jam 1.00am++ kot. Nak makan nasi kan over la plak. Ye la, malam2 buta nak hadap nasi memang akan berjaya la menambahkan kelemakan dalam badan yang memang dah berlambak nie. Kami order daging burger je, tapi 3 keping! Tu dia aihhhh! Lepas tu berhenti plak dekat R&R mana ntah, dah tak ingat sebab masa tu sy dah terlentok tidor atas zira. Hikhik..BaNgun-bangun jer dah sampai kat Kedah, masa tu dalam jam 6.00 pagi rasanya. Singgah kat masjid untuk solat subuh dan mandi la terus. Tak kan nak gi kursus tak mandi plak, kan tak pasal2 satu bilik haru biru.

Sempat jugak kami singgah kat bandar Sg Petani untu sarapan pagi. Kalau tak silap, kitaorang ke Restoran Cinta Sayang. Memang best giler nasi lemak depa. Kat sebelah tu Restoran Nasi Kandar. Nampak best jugak, tapi orang kata kalau dah perut melayu, memang nasi lemak je la. Then, kami3 window shopping kat Tesco Sg Petani. Bukan main lagi sorang2 beli bekalan jajang!

Kitaorang tiba kat Harvard dalam jam 10.00pagi ++. Ingatkan kena check in petang sebab dalam surat tulis jam 4.30. Tapi macam mana ntah depa adjust dengan orang hotel nak masuk awal. Alhamdullilah..Sebilik dengan Zira memang menjadi idaman! Ahakzz..

3 hari kat Harvard memang best. Ingatkan kursus yang biasa-biasa cam yang selalu pergi tu. Tapi yang nie memang lain terus. Fesi2 pun okeiy, kursus tak borink, penceramah sangat sempoi. Tak terasa lama pun. Yang paling best, makan 3 - 4 kali sehari. Uihhh..dah la makanan best-best.! Niat nak turunkan berat badan tergendala dengan serta merta. Lain kali je la..

Part yang paling best masa explorace dan aerobic. First time tau aerobic dalam swimming pool! Haha..gile sejuk. Dah la pagi-pagi hari lagi. Nasib baik tak tenggalam terus! Time explorace, kami dipecahkan to small group dan campur3. Kiranya campur dengan geng3 dari kampus lain la. Yang paling sempoi, kami kena berayun guna tali. Aduiiii, memang fail terus! Nasib baik badan tak jatuh. Ada yang kena buat sampai 2 -3 kali sebab tak menjadi. Hehe..Time kena buat ketupat lagi lah. Sorang pun tak tahu buat! Apa ke hal nye?? Tu la akibatnya suka order je ketupat time raya!

Kalau nak ceritakan pengalaman kat Harvard, memang panjang berdepa la gamaknya. Hehe..Jom la layan gambar plak!



Breakfast di Restoran Cinta Sayang..Letih aihhhh..

Hilangkan penat kejap! @ Tesco Sg Petani..

Kepalaku bergoyang pusing!

Dah tiba! Hotel Harvard Suasana, Bedong, Kedah.

Sampai jer terus orang suruh makan. Apa lagiiiiiii....!!




Muka penat giler! _Zira..
Tunggu untuk next session_malam! Letih aihhhh..


Zira dah tak boleh bukak mata..hikhik..








Orang lain tengah rest, kami plak sibuk cari tempat nak posing. 
Kenangan katakan..hikhik..















Gua rasa nak terjun terus weii!!

Ape ke hal nye nih??

Ready to explorace!!





Konon3 tengah bagi opinion la time kan. Ahakzz..
*Stoking pink tu yang penting! Sejuk giler weh. Badan dah jadi macam panda!




Kami bertolak balik ke KB hari Ahad dalam jam 2.00 petang. Masa otw balik, ternampak la AmanJaya Mall. Apa lagi, minta abg driver berhenti terus! Haha..Mall ni baru je bukak, okay la jugak.
Sempat beli cenderahati untuk orang-orang tersayang kat rumah tu..Hehe..
Sampai rumah dalam jam 11.30 malam. Kes berhenti makan banyak kali. Haha..Esoknye terus call bos mintak cuti. Deman weii! Hujan lebat masa berhenti kat Banjaran Titiwangsa.
Arghhhh..walau pun tempat lain cantik dan best, tapi rumah sendiri jugak lah heaven kan?


Thank you to all facilitator and organizer! Kursus yang sangat best dan we're really3 enjoice!
Till we meet again guys!!


Comments

  1. JOIN NOW !!!
    Dan Dapatkan Bonus yang menggiurkan dari dewalotto.club
    Dengan Modal 20.000 anda dapat bermain banyak Games 1 ID
    BURUAN DAFTAR!
    dewa-lotto.cc

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Selamat hari raya Aidilfitri

Nasi lemak