Thursday, April 18, 2013

Baru lepas sibuk

Assalamualaikum dan hai!

Kat opis sekarang baru rasa tenang dan cool sikit tau dok. Seminggu dua sebelum nie bukan main kalut dan busy memanjang je kami2 kat atas nih. Opis dah jadi macam kapal pecah dah, penuh dengan kotak-kotak dan kertas. Sampai kan nak tengok kertas pun dah jemuh sangat dah. Tipu la tu kan. =)




Yang berkotak-kotak application form untuk kenaikan pangkat staf akademik. Sorang lebih kurang 2-3 kotak. kalau main beratus orang, berkotak katik la gayanya. Hehehe..kat atas ni hanyalah sebahagian kecik je baru, yang lain tak sempat nak snap gambar aihh. Henfon pun dah campak kat tepi. Tapi yang bestnya, ni satu pengalaman yang agak menyeronokkan tau. Sebelum nie kat jabatan mana ada kena uruskan segala benda ni. Bila nak kat atas ni, macam-macam benda baru boleh tahu dan belajar. Letih tu kejap je, tapi yang penting experience orang kata. Hehe..Paling kecian kat bos la, kena hadap form satu-satu. Fuhh, letihhh..kita tengok pun dah letih, dia apatah lagi kan.

Bos outstation plak hari nie, tu yang dapat hapdate belog nih. Kalau tak, berhabuk gitu je la.. =)



No comments:

Post a Comment