Monday, April 22, 2013

I hope you are here

Assalamualaikum dan hai!

Sy sebenarnya tak pandai sangat nak meluah perasaan bila menulis. Sebelum menulis, macam-macam plan nak tulis itu, nak tulis ini. Tapi bila je jejari mula bersentuhan dengan keyboard, tiba-tiba kaku. Hilang segala kata-kata yang duk karang dalam kepala tadi. Kalau jadi penulis novel fail terus la gayanya. 

Kadang-kadang bila tiada yang memahami perasaan kita, tiada yang mengerti apa yang kita tuturkan, terasa nak meluah perasaan yang menanggung dalam diri dalam penulisan. Tapi tu la, peratusan bakat penulisan agaknya 0.001 % je kot. Hehe..Last-last terpendam macam tu je dan akan meledak bila dah tak tertanggung lagi. Mesti ramai yang pernah lalui perasaan macam ni kan.

Sometimes, kita harapkan mereka yang rapat disisi akan memahami apa yang kita perlukan, apa yang kita fikirkan dan apa yang kita inginkan. Ianya tanpa perlu kita meluah apa yang tersirat di hati kecil. Tapi mana mungkin orang lain dapat memahami. Kalau tak, aman la dunia ni. Tak ada gaduh-gaduh dan tak ada yang bermasam muka. Kan. Perasaan yang paling tak best sekali bila someone yang paling rapat buat dek bila time kita perlukan mereka, bukan untuk berbual panjang tapi cukup sekadar berada disisi. Bila perasaan ini dipendamkan, sure akan meledak satu masa. Time tu hati dah tak rasa apa, hati dah tawar, dah tak nak ambik port lagi. Nak jadi apa jadi la. Memang dah tak kisah. Jangan kata nak dipujuk, nak dengar suara atau apa-apa lagi pun dah tak nak. Haiii, bahaya betul ya..Sebab itu, jangan la sesekali lukakan hati mereka yang sentiasa berada disisi kita, susah atau pun senang.



No comments:

Post a Comment