Thursday, April 18, 2013

Tanggungjawab suami & isteri

Assalamualaikum dan hai!

Sekadar satu perkongsian. Ramai lelaki pada masa sekarang nie kurang alert dengan tanggungjawab mereka as a husband and a leader. Kadang-kadang ada yang minta isteri bekerja sendiri dan menyara keluarga sedangkan mereka hanya duduk kat rumah layan tibi je. Ada pula yang menggangap isteri "wajib menyumbangkan duit untuk tanggung keluarga. Mentang-mentang la ramai wanita sekarang yang dah bekerjaya, jadi nak ambik kesempatan la ye. Ada jugak lelaki yang bersifat "kedekut" a.k.a "berkira" dalam perbelanjaan mengurus rumah tangga. Duit mereka nak simpan, konon2 nya nak buat tabungan, tapi sebenarnya berkira sangat dan sayang nak keluarkan duit. Ingat ye lelaki, tanggungjawab seorang lelaki tu sangat-sangat besar dan satu kewajipan yang nyata.  Jangan lepas tangan je walaupun isteri bekerjaya. Gaji isteri bukan satu kewajipan tau, cuma nak MEMBANTU..



p/s: teringat kisah seorang kawan. Si suami sengaja berhenti kerja sebab isteri dah bekerja. Si suami goyang kaki kat rumah dan hanya tahu minta duit dari isteri. Hmm..apa la nak jadi dengan dunia sekarang.

No comments:

Post a Comment