Tuesday, May 21, 2013

Check list untuk konvo

Assalamualaikum dan hai!

Masa yang dinanti-nanti makin tiba. Makin lama makin tak sabar. Makin lama makin gelisah. Hati tak keruan. Fikiran asyik duk terbayang-termenung-tersengeh-dan segala jenis ter lagi yang ada. Mengalahkan orang nak naik pelamin plak ye dok. Haha. Dalam entry SEBELUM ni, sy ada gtau kan pasal majlis konvokesyen sy pada awal Jun nanti. Masa tu memang la rasa excited sangat, sekarang berplus2 excited lagi tau. Start fikir nak pakai baju apa, tudung apa. Haha..yang tu jugak yang penting! Planning nak pakai peplum riben, tapi tak ingat plak time konvo kena pakai baju kebangsaan a.k.a baju kurung. Hehe..dah lama konvo since diploma dulu.

Untuk majlis konvo nanti, i'ouls akan ke KL dengan achik dan a.lie a.k.a brother in law. Kak tak dapat ikut sama sebab masa tu dia tengah sarat mengandung. Pregnancy diutamakan ye! Hehe. Rupanya banyak jugak urusan konvo nak kena settle kan dan ianya telah pun disettle awal2 lagi dengan bantuan abg ipar dan mommy tersayang. 

Untuk peringatan i'ouls sendiri, better list kan check list kat sini sebab belog bukak hari2 tapi web konvo selalu je tak ingat nak bukak..huahua..

a) Yuran konvo : settle dengan bantuan abg ipar tersayang yg selalu duk peringatkan bila nak bayar bila nak bayar. Alih2 a.lie yg tolong bayarkan dulu ..haha..

b) Semakan status graduan: Hahhh, yang nie yg paling penting sekali. Kan tak pasal-pasal pergi konvo nama tak ada. Memang cari nahas namanya.

c) Semakan sidang: Rasanya i'ouls sidang 3 sesi pagi pada 9 Jun nanti..*noted*

d) Pengambilan & pemulangan pakaian akademik a.k.a jubah: Yg nie kena ambil sehari sebelum graduasi. Maknanya 8 Jun dah kena pergi ambik di OUM KL.



e) Flight ticket: Haha..mulanya ingat a.lie nak drive tapi disebabkan nak feel jadi orang kaya kejap, i'ouls booking je flight. Awal2 lagi cop nak pergi dengan MAS, tapi alih2 dah fully booking plak tau. Awal April lagi MAS dah fully booked. Tak pe lah, guna Air Asia je la. Ops, lupa plak nak print out ticket2 flight. Kena highlight yg nie.

f) Hotel: Nak cari hotel pening jugak sebab kena pilih yg mana dekat dengan tempat konvo a.k.a kat PWTC. Dalam otak duk pikir nak hotel yg ada swimming pool (mana tau sempat menyelam skuba dalam s/pool ke), nak dekat sebab nak jalan kaki je untuk ke PWTC, nak murah sebab budget lain nak spend shopping, nak hotel kelas2 tinggi sebab bajet orang kaya. Haha! Sampai kucing bertanduk sepuloh pun tak kan jumpa gamaknya! Survey punya survey, i'ouls pun berkenan dengan Hotel Citrus. Nak jalan kaki pun boleh sebab dalam 10-15 minit je, swimming pool pun ada and most important masa i'ouls booking tu they'll tengah buat promotion! Apa lagi, sambar terus je laa..*shopping2*


Dan yang paling paling paling paling paling penting ialah gambar konvo. Ala, gambar official yang masa kita kat stage amik scroll tu la. Yang tu la paling penting tau. Kenangan seumur hidup, siap boleh tepek besar2 kat dinding rumah lagi lepas nih.. *perasan nak menunjuk*. A.lie gtau akan ada booth kedai2 photo masa sesi pengambilan jubah nanti. So, adjust duit awal2 lagi untuk gambar saja. Kalau tak silap, dalam RM200++ rasanya. Fuhhh..*money money money*


p/s: Membilang hari........


No comments:

Post a Comment