Kisah Rabu Saya!

Assalamualaikum dan hai!

Kisah rabu! Hari nie banyak hal yg terjadi, start dari awal2 pagi lagi! Punya la malas nak bangun pergo kerja tadi, alarm duk memekak pun malas nak layan. Malas seantero dunia kot! Abah hari nie happy je nampak, ye la birthday 'boy' katakan. Hikhik..Happy birthday abah! Sweet seventy kah? Haha..tahun depan sambut birthday dengan cucu plak ye, boleh tengok la berebut belon.

Sempat je bergambar dengan abah sebelum naik kereta. Hari ni tumpang mama skali sebab myvi katak shaye masuk bengkel. Rosak terukk woooo..Habis kat seribu plak la. Adeii..akhir bulan plak tu. Tolong! Gua pokai! Ma, minta seringgit!!






Ekceli, last saturday dah celebrate birthday abah, buat sekaligus untuk mama sempena Mother's day. Baru la havoc! 2 in 1 katakan. Padahal bajet duit punye pasal!



Haha..Okeiy, sambung cite tadi plak. Masa kat trafic lite otw nak ke usm, dummmmmmm! Terkejut gile sampai tersembam muka i kat dashbord depan. Ok, tipu! Sebab i duk belakang! Rupanya ada kereta belakang emergency break, then terlanggar kelisa mini mama! Nerves nerves nerves!

Bila keluar kereta, baru la perasan yg rupanya bukan dua kereta berlanggar, tapi 3. We'll kat depan sekali. Bumper belakang rosak, lampu belah kiri hancusss dan body kereta ada tercalar. Kereta toyota kena paling teruk skali sebab kat tengah2. Habis depan belakang. Uhuk3..Yang kereta belakang steady je, kena calar sikit. Cite punya citer, last3 semua angkut g balai buat repot. Kat balai plak punya la lama, sampai sempat tersengguk atas kerusi. Dah la lapar wooo..Kat jam 1 pm baru settle kat balai.

Muka tahap borink gila tunggu report siap. Tak boleh blah ..huahua..

Then, balik rumah, mandi dan solat. Kiranya hari ni i emergency leave terus la, ye la, dah jam 1 baru siap, tak kan baru nak masuk opis kan. Then, dalam jam 2.30 keluar plak dengan mama untuk urusan bank, bayar pomen a.k.a mekanik dan lain lain lain lain lagih. Jam 6++ baru sampai rumah! Fuhhhhh..penat sih!


#Moral: Jaga jarak semasa memandu! Jangan ingat buku yg JPJ bagi time test keta dulu saje buat pameran je! Baca dan praktis ye!#


Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market