Mengundi oh mengundi

Assalamualaikum dan hai!

Walaupun PRU13 dah berlalu, tapi bahang kepanasan masih terasa di mana-mana je. Tahniah diucapkan kepada BN kerana berjaya menerajui buat sekalian kalinya. Diharapkan dengan mandat yang diberikan oleh rakyat akan terlaksana sebaik mungkin. Cuma agak sedih dan kecewa apabila melihat bangsa Melayu kita sendiri bergaduh dan bertelagah dengan perebutan kuasa yang tiada kesudahannya. Bangsa lain pulak bangun dan bersatu padu. Humm.. seriously, pada pandangan peribadi sy, sudah tiba masanya untuk orang Melayu bersatu pada, saling berganding bahu demi bangsa, agama dan negara kita sendiri. Sudah-sudah la berbalah sesama sendiri, yang untungnya bukan kita. Depa-depa yg jadi "penghasut" lagi la bersorak tengok kita bergaduh sesama bangsa sendiri. Humm.Patutnya kita pegang dengan amanat Hang Tuah dulu, "Jangan Melayu Hilang Di Dunia". Ni tak, makin lama bukan setakat dunia je, hilang terus dari pandangan semua kalaulah kita masih bertelagah.



Alahaiii..tiba-tiba plak jadi patriotik pulak pagi-pagi ini. Hehe..Semangat katakan. Cewahhh..Kali ni merupakan kali pertama sy mengundi buat sekalian kalinya tau. Dulu tak cukup umur lagi masa nak mendaftar. Dah tua upenye eden. hikhik. Semangat gila sampaikan bangun pagi-pagi terus fikir "eh, mengundi  la hari ini"! Kalah masa nak raya sebelum2 ni. Kalau raya, siap mama yg kejutkan berulang kali. "Bangun2, hari raya nih! Tak raya keeeeeee?!!"  Haha. Yg tak boleh blah nak pergi mengundi pun siap pening kepala nak pakai baju mana. Ye la, kan tak pasal-pasal tersilap warna nyanya weh! Mana la tau kot-kot kat tempat mengundi tu ada orang fanatik mana-mana parti ke, tersilap pakai kan cari nahas dibuatnya! Sebelum mengundi, dah beberapa kali check status tempat mengundi, saluran brapa dan etc. Bukan apa, nerves la sangat kan. 







  #SayaMengundi#MalaysiaMemilih#


p/s: #I love Malaysia#

Comments

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market