Apa yang aku belajar dari kehidupan??

Assalamualaikum dan hai..
(kata ganti nama aku dirasakan lebih sesuai untuk entry ini. Lebih penghayatan kemungkinan?? )
Apa yg aku belajar dari kehidupan??
Aku belajar mengenal diri aku sendiri..
Aku belajar mengenal orang di sekeliling aku..
Aku belajar memahami percaturan Ilahi..
Aku belajar bangun dari setiap kegagalan..
Aku belajar menerima tiap ketentuan..
Apa yg aku belajar dari kehidupan??
Aku belajar menerima hakikat..
Aku belajar untuk berjuang..
Aku belajar untuk tersenyum bila hati berduka..
Aku belajar erti kasih sayang..
Aku belajar melepaskan apa yg aku inginkan..
Aku belajar membiarkan sakit itu pergi..
Apa yg aku belajar dari kehidupan?
Aku pelajari segalanya kini..
Tidak semua yg kita inginkan akan kita perolehi..
Tidak semua yg kita idamkan akan tercapai..
Kerana kadang -kala apa yg kita inginkan itu bukannya terbaik untuk kehidupan kita..
Percayalah..
Kerana aku telah pelajarinya..
Aku pelajari bahawa kasih itu tidak ternilai harganya..
Aku pelajari
Tidak perlu pujian meninggi untuk menggembirakan hati,
Namun cukup sekadar katanya melembutkan hati..
Aku pelajari
Tidak perlu pangkat yang tinggi untuk memiliki,
Namun cukup sekadar perasaanku kau tulusi..
Aku pelajari
Tidak perlu cacian sebagai teguran,
Namun cukup sekadar diriku kau fahami..
Aku pelajari
Tidak perlu taburan wang dilautan,
Cukup sekadar diriku kau hargai..
Aku pelajari segalanya kini..
Kerana ini sebuah kehidupan..
Akan aku pelajarinya hari demi hari..
Dan detik demi detik..

Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market