Bukan Kerana Aku Tak Cinta

Assalamualaikum dan hai..

Hari ni duk dengar lagu dari Salahkah yang nyanyian Hafiz ft. Rossa tu..
Lagu ni OST dari drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta. Adaptasi dari novel jugak.
Youtube untuk lagu ni boleh tengok kat SINI
Best gila lagu ni, tak puas pun dengar..
Tambah2 bos tak ada kat ofis, boleh menyanyi sekali. Haha..
Orang kata drama ni best, tambah2 lagi Nelydia Senrose yang jadi herion..
Sweet2 gitu..
Just sempat tengok drama ni untuk episod dua jer..
Tapi nasib baik dah rekod awal2, boleh tengok bila free nanti.
See, kat sini la gunanya ada astro..haha..



Sinopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta:

JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.

Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.

“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”

“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”

Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?

Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!

Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya.

credit to: Karyaseni

p/s: selalunya baca novel yang kahwin paksa, kahwin kontrak, kahwin express..sweet2 popcorn gitu..tapi novel ni lain dari yang lain. Hurmm..mungkin boleh cuba untuk baca. Maksudnya, kena beli la erk! 



Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market