Posts

Showing posts from August 1, 2013

Abah vs aaron aziz

Image
Assalamualaikum dan hai.. Hari terakhir bekerja di bulan ramadhan.. Kosong je parking hari ni, slalunya berebut tak bertempat.. Alahai..borink plak rasanya kat ofis ni.. sempat booking tiket untuk bos yg nak ke penang next week.. nasib baik dapat sit lagi, untuk balik kb mostly tiket dah habis..thank God.. Lepas ni ingat nak pergi Jakel kejap, dan janji dengan abah nak tambah stok baju melayu dia.. hurmm..design aaron aziz?? maybe kot.. mana tahu kot2 nampak mcm aaron aziz bila pakai baju brand tu..hehe.. Otw datang ofis tadi jakel tak bukak lagi..knpa la time2 nak raya ni tak bukak awal..masyuk manyak3 maa.. Nak survey tenet kejap tengok warna yg ada, tengok kat banner tak syok maa.. harap2 ada stok lagi la.............

Kasih kepadamu

Image
Kasihku kepadanya.. Sayang ku kepadanya.. Rinduku kepadanya.. Nur Zara Faleesya binti Mohd Fadli 25 Julai 2013 Anak saudara tersayang

Akan tiba masanya

Image
Assalamualaikum dan hai.. Melihat orang lain bergembira, tercuit hati kecil.. Melihat orang lain berbahagia, cemburu ada terselit.. Melihat orang lain ketawa riang, senyuman terukir.. Melihat keindahan alam, hatiku yakin dengan Penciptaku.. Moga akan tiba waktu untukku.. Akan ku bergembira, akan ku berbahagia, akan ku ketawa riang.. Bukankah takdir itu indah??

Cinta ..Usah Pergi

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya.. Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya.. Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali.. Bila ada yang setia, lakukan yang sama.. Bila dia banyak berkorban untuk kamu, hargailah jangan lukakan hatinya.. Bila dia pergi, pergilah kejar selagi merasa dia bererti.. Kerana bila dia tiada di sisi, barulah nanti kamu menyesal mensiakan satu-satunya insan yang ikhlas mencintai... Jangan sia-siakan dia yang ikhlas mencintaimu..

Tunggu ecah balik

Image
Assalamualaikum dan hai! Lusa dah nak raya.. Jalan kt Kelantan memang jem pelik dah.. rasanya kena guna tikar aladdin la sekarang ni..mana nak cari weh! kalau keluar lambat sikit je pun, memang terbabas dalam jem la.. Sebelum pergi kerja tadi, sempat jumpa dengan my princess, aisyah.. pagi ni dia nak balik kg dgn family ibunya kat melaka.. cian dia, tak nak balik..nangis atas riba.. "angah, ecah tak nak balik..nak raya dengan angah".. "xpe la cah, nanti lepas cah balik sini, kita raya dua deh..angah tunggu cah balik" dia nangis tak nak cakap, sembunyi dalam selimut..sedih.. argh...tak suka betul perasaan ni.... cium dia banyak2, buat pengubat rindu..........

Entri konvo lama tertangguh

Image
Assalamualaikum dan hai.. Lama rasanya tak menaip di ruangan blog.. Mood kadang-kadang tak menentu.. Bila nak menulis, ada saje kerja lain yg kena buat last-last menaip dalam hati je la..hehe.. Masa konvo bulan 6 lepas, bukan main lagi nak update.. siap save siap2 gambar kat komputer ofis, kononnya nak update la kan.. tapi...melayang jugakkk.. Kejap, nak cek ada lagi ke tak gambar yg save hari tu.. rasanya macam ada je..     Ada pun gambar..thanks kpd cikgu zamani yg amik gambar2 we'll kt sana.. Siap edit2 lagi..nice kan?