Wednesday, July 2, 2014

Honeymoon Part 2 : Colmar Tropicale, Berjaya Hills Resort

Sambungan..

Untuk ke Colmar ni tak susah sebab ada shuttle
dari airport kami terus ke Berjaya Times Square (TS) untuk naik shuttle
Terima kasih Acik sebab susah susah ambil kami kat airport and arrange everything untuk kami
sayang acikkk.. :)
Untuk naik shuttle ni, kena beli tiket kat TS
tiket ni sekali dengan pakej untuk masuk ke Botanical Garden and Japanese Village
kat Colmar Tropicale

Lepas settle tiket and everything, terus gerak ke Colmar
Dari TS ke sana lebih kurang satu jam rasanya
dalam van shuttle ni penuh mat2 saleh saje
kami berdua je malaysian
bajet-bajet mat saleh jugak laaa (^,^)

Kami stay kat sana 3 hari 2 malam
memang best sangat-sangat
tempat yg sangat interesting
siap ada kedai souvenir lagi
cafe tak payah cakap la
Ada 9 restoran dengan berlainan konsep
Ada yang ala-ala french, italian, malaysian, asian etc
harga memang up sikit la kan
satu pinggan dalam rm20 kot..lebih kurang la
tapi makanannya memang puas hati :)


Hubby awal-awal dah cop nak amik gambar dulu kat bridge ni..
dia kata takut esok ramai orang sebab weekend..hihi..


Pn Wifey amik gambar keesokkanya. Mana ada orang incik hubby oiii..
siap boleh terlentang kat depan tu lagi



















La Boulangerie, kedai Roti ala-ala French. Roti kat sini sangat-sangat best. Siap beli bawak balik kb. 


First restoran yg kami jejak ialah Le Cicogne. Makanan kat sini boleh tahan, banyak plak tu. Ala-ala French dan juga modern style. 


La Blason..Fav restoran kami sebab kat sini serve masakan Malaysian..Harusla..
Time kitaorang kat sini, they'll buat secara ala carte sahaja. RM50 per head. Harusla boleh makan segala jenis makanan yang ada. Kenyang sampai ke subuh.




Selfie sebelum order makanan adalah satu kepastian yang nyata ketika bercuti ye.. (^,^)




Berhadapan dengan bangunan ni, bangunan bilik kitaorang. 
Tak sempat nak snap picture sebab berat bawak barang. 


Bilik Suite. Harga tak ingat plak brapa. Kena tanya hubby. hikhik
Sangat-sangat puas hati dan besar. Siap ada ruang tamu, dapur dan 1 ruang bilik tidur. Kalau nak bawak satu family pn muat rasanya. Hehe


 Pandangan dari bilik


Selepas rehat-rehat dan solat, kami turun untuk dinner.
Semestinya ke restoran yang ada nasi! 
Tak kan nak makan pizza, pasta malam-malam ni.
Perut orang melayu memang tak leh lari jauh dari nasi. Adehh



 Gambar nasi tak sempat nak snap sebab terlalu lapar..haha




Time khusyuk punya makan, ada geng datang menyanyi kat tepi meja. Cuak jugak rasa, kot2 dia suruh kita nyanyi ke apa kan. haha..hubby siap request nak mintak lagu special tapi kesudah asyik makan je. last-last geng tu pergi meja lain







Lepas isi perut, just jalan-jalan dan pusing-pusing kawasan sekitar
Kalau tak silap, malam tu ada live show dari group2 french
Badan pun dah penat, terus balik tidur even show tak habis lagi
Sambungan next entry... (^,^)(^,^)


2 comments: