Jangan Ingat Kita Masih Ada Esok

Assalamualaikum dan hai..

Terdetik nak share satu nukilan yg masuk feed fb
Mungkin ianya boleh "membuka" mata kita ..

"Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone. Jauhkan Ipad.
Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak.
Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya.
Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut.
Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan, percayalah rezeki di tangan Allah. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya.
Sentiasa peluk cium anak-anak,pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan/ ciuman terakhir buat mereka.
Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll..Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang. At least cakap "saya meeting". Jangan biarkan panggilan tak berjawab. Sekali lagi...mungkin itu panggilan terakhir dia buat kita..
Sentiasa update lokasi anda berada kepada pasangan.
Ketahui pakaian yang dipakai pasangan/anak-anak sebelum keluar. Ramai yang tak mengambil berat perkara ini. Malang tidak berbau kan?
Biar tinggi mana pangkat dan gaji isteri, suami tetap perlu menjadi ketua keluarga yang bertanggungjawab. Segala makan pakai urusan suami. Hari ini bila isteri yang menyumbang kepada ekonomi keluarga, secara tak langsung isteri itu menuntut hak sama rata. .hak dalam membuat keputusan. Jadi lebih baik duit isteri, hak isteri dan ini mendorong isteri lebih patut kepada suami kerana sedar bahawa suami telah melakukan sehabis baik demi keluarga"

"JANGAN INGAT KITA MASIH ADA ESOK"


p/s: Terima kasih suami kerana sentiasa berusaha untuk menjadi ketua keluarga yang terbaik. Kite janji lepas ni walau kite terlampau busy sekalipun, tetap akan jawab call. Janji!






Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market