Sunday, August 24, 2014

Resepi: Puding Jagung Kastard

Assalamulaikum dan hai..

Hari ini hari sharing resepi sedunia
haha..rajin plak haku nak update belog hari ini
siap share resepi bagai..demam ke apa? haha
biasalaaa..sejak-sejak jadi bini orang ni kena rajin masuk dapur
nak pikat suami kena pikat perut dia dulu..haha
tambah-tambah suami tak suka makan kat luar..alahaiii
Okeiy, hari selasa lepas rasanya datang mood rajin tahap maksima nak buat puding jagung kastard
dah lama nak makan tapi tak terbuat
hari itu masa pergi mydin, tergrab sweet corn dalam tin.. *tergrab kah?!
so..mula lah tanya pak cik google macam mana nak buat puding jagung kastard

So, ni bahan-bahan yg diperlukan:

  • 1 cawan tepung kastard
  • 1 tin jagung (sweet corn) jenis creamy
  • 1 tin susu cair
  • 1 1/2 cawan gula pasir
Cara-cara:
  • Bancuh tepung kastard dengan air sehingga sebati
  • Kemudiaan, masukkan semua bahan-bahan lain dan bancut rata- kacau
  • Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api kecil (sy prefer guna kuali sebab senang nak kacan dan nak basuh lepas tu)
  • Masak adunan sehingga masak - adunan akan menjadi kental dan berkilat (ambil masa lebih kurang 10-15 minit jugak la)
  • Dah nampak berkilat, tutup api.
  • Masukkan ke dalam loyang atau bekas yang nak guna.
  • Sejukkan dulu sebelum masukkan dalam peti sejuk
  • Siap! 


Gambar by pak cik google..yg kite tak sempat nak snap. Tapi macam ni rupanya.

Puding jagung kastard sedap makan sejuk-sejuk tau. Nikmat dia lain..haha

Selamat mencuba!

p/s: sedang godek-godek cari resepi puding lain plak! Any idea??






No comments:

Post a Comment