Wednesday, September 3, 2014

Bangkitlah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang,

Diri tidak sekuat yang disangka
Sangkaan diri amat la kuat untuk hadapi segala percubaan hidup
sangkaan diri amatlah tabah bagi menelan segala yang terjadi
namun, bila diri dipilih oleh Maha Pencipta untuk diuji, barula terasa betapa kerdilnya diri
betapa lemahnya diri
oh diri..kenapa begitu lemah engkau hadapi setiap dugaan
mengapa tidak sandarkan segala kepercayaan kepada Maha Pencipta
mengapa selalu merugut
tidak sabar menempuh dugaan
selalu hilang pertimbangan
oh diri..lupakah engkau pada Dia yang memberikan segala nikmat
secebis dugaan membuatkan hatimu terus rapuh menyembah bumi
oh diri,,janganlah engkau berputus asa
bangun dan bangkitlah
walaupun terpaksa berjalan di atas duri yang menikam
kuatkan hati mu..bersangka baiklah kepada Nya
siapa la kita ..hanya hamba yang penuh dengan dosa dan nista
panjatkanlah doa kepada Dia yang Maha Esa
setiap ujian adalah kifarah dosa
yakinlah wahai diri
setiap yang berlaku ada hikmahnya
cari la ia..serahkanlah segalanya kepada Nya
Oh diri..tadbirlah hidup sebaik-baiknya
namun ingatlah takdir Tuhan sentiasa mengatasi tadbir insan..

p/s: It's not what happens to you, but it's what you do about it. It is not how low you fall but how high you bounce back


No comments:

Post a Comment