Nikahilah wanita kerana...


Barangsiapa yang menikahi wanita kerana keturunannya, Allah tidak akan menambahkan kecuali kerendahannya. 

Barangsiapa yang menikahi wanita kerana hartanya, Allah tidak akan menambahkannya kecuali kafakiran. 


Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, sebab kecantikan itu akan lenyap.


Barangsiapa yang mengahwini wanita kerana untuk memejamkan pandangannya, menjaga kemaluannya serta menjalin tali persaudaraan, niscaya Allah memberkahinya.



Diriwayatkan oleh Ibnu Majah, al Bazzar dan Baihaqi dari Abdullah bin Amr, Nabi bersabda:
لَا تَنْكِحُوا النِّسَاءَ لِحُسْنِهِنَّ فَلَعَلَّهُ يُرْدِيهِنَّ ، وَلَا لِمَالِهِنَّ فَلَعَلَّهُ يُطْغِيهِنَّ ، وَانْكِحُوهُنَّ لِلدِّينِ ، وَلَأَمَةٌ سَوْدَاءُ خَرْقَاءُ ذَاتُ دِينٍ أَفْضَلُ
Janganlah kalian menikahi perempuan karena cantiknya. Boleh jadi kecantikan tersebut akan membinasakannya. Jangan pula karena hartanya karena harta boleh jadi akan menyebabkannya melampaui batas. Menikahlah karena agama. Sungguh budak hitam yang cacat namun baik agamannya itu yang lebih baik


Semoga saya menemui seseorang yang menyayangi saya bukan kerana rupa, bukan kerana keturunan dan juga bukan kerana harta. Kadang-kala ada lelaki yang terlupa bahawa mereka adalah pelindung kaum Hawa. Ada juga lelaki yang terlupa mereka pemberi nafkah. Jangan la dipandang wanita hanya kerana rupanya.

Janganlah nikahi wanita hanya kerana hartanya. Sangat sedih apabila sesebuah perhubungan terputus hanya kerana pangkat darjat, kedudukan dan harta kekayaan. Sedangkan kekayaan dan rezeki yang melimpah adalah pemberianNya yang diberikan untuk menguji hambaNya. Kadang-kala dengan harta yang ada, manusia angkuh ingin menongkat sehingga langit ke tujuh dan terlupa tanah dibumi yang dipijak.


Insyallah, satu masa nanti.. ^_^



Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market