Posts

Showing posts with the label Hati dan Cinta

Mr. Right??

Assalamualaikum dan hai.. Mr Right? Selalu saje kita dgr org sebut he's my mr right.. He's the one la..lebih2 lagi bila orang tanya soal jodoh.. Bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Bila nak kahwin? Sometimes, rimas gila rasanya.. Sy sendiri pernah berada dalam situasi tekanan jiwa yg memuncak ni bila orang duk tanya soal ni. Kalau kepala ni dari batu, lama dah hentak kat dinding kasi hilang stress.. Rasa macam nak jawab gini je; 'hello, kenapa kau tak tanya terus bila aku nak dapat anak.! Lagi expert weh!' Fuhh..advance sangat kot! Tapi puas hati la! Haha You'll2 yang dah kahwin tu jangan la selalu duk tanya awek2 cun ni bila nak join d club.. Serius cakap, benda ni sensitif woo.. Boleh bawak kepada tension kuasa empat belas otak yang nak kena jawab nih.. Soal jodoh kan urusan Dia, siapa la kita ni nak pandai2 je.. Bukan nya pilih jodoh tu senang macam pilih ikan kat super market tu.. Eh, nak pilih ikan pun susah woo.. Sy kenal ikan bawal je, sebab se...

Missing you

Image
Though we keep in touch  through  message and calls.. It's not like having you  by my side.. Missing you, Mr. Fiancee..

Akan tiba masanya

Image
Assalamualaikum dan hai.. Melihat orang lain bergembira, tercuit hati kecil.. Melihat orang lain berbahagia, cemburu ada terselit.. Melihat orang lain ketawa riang, senyuman terukir.. Melihat keindahan alam, hatiku yakin dengan Penciptaku.. Moga akan tiba waktu untukku.. Akan ku bergembira, akan ku berbahagia, akan ku ketawa riang.. Bukankah takdir itu indah??

Cinta ..Usah Pergi

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya.. Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya.. Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali.. Bila ada yang setia, lakukan yang sama.. Bila dia banyak berkorban untuk kamu, hargailah jangan lukakan hatinya.. Bila dia pergi, pergilah kejar selagi merasa dia bererti.. Kerana bila dia tiada di sisi, barulah nanti kamu menyesal mensiakan satu-satunya insan yang ikhlas mencintai... Jangan sia-siakan dia yang ikhlas mencintaimu..

Apa lelaki patut tahu pasal perempuan!

Image
Assalamualaikum dan hai! --> Kalau perempuan tengah merajuk, jangan plak buat dek jer. Pandai2 la tackle untuk pujuk balik. Ni tak, time orang merajuk, dia plak yang sibuk2 nak merajuk. Ape hal? Be a gentleman la, guys. Bukannya susah nak pujuk, bagi ayat jiwang sedas dua, belanja ais kerim ke, buat lawak yang tak brapa nak lawak ke. Tak susah pun nak tackle hati perempuan! --> Kalau korang tak call maknanya korang memang tak peduli dan tak kisah pasal kitorang nih tau! Bukan nak suruh call berjam jam, at least call la untuk tanya khabar. Jangan la berkira sangat kredit tuh. Kan orang lain masuk line baru nak gelabah! --> Part cemburu memang tak boleh blah. Memang la di akui cemburu tu tanda sayang. Tapi kalau bercakap dengan member pun cakap kita nak menggedik, memang cari nahas weh! Ingat sikit, cemburu perempuan pun tak kurang over jugak ye! So, beware!! -->Walaupun kadang-kadang korang suka sakitkan hati kami orang perempuan ni, buat sakit ...

Cinta itu..

Assalamualaikum dan hai! Ketika jatuh cinta, jangan berjanji tidak saling menyakiti namun berjanjilah untuk tetap  bertahan meski salah satu  tersakiti. Ketika mencintai seseorang,  cintailah ia apa adanya. Jangan berharap dia yang sempurna, kerana kesempurnaan adalah ketika  kamu mampu mencintainya tanpa syarat. Cinta bukan  bereti mencintai  seseorang yang sempurna tetapi bagaimana mencintai seseorang  yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna. Belajarlah mencintai orang yang hari ini masih milikmu sebelum dia pergi dari hidupmu. Hari ini mungkin dia masih mencintaimu, tapi mungkin esok takkan ada lagi cinta untukmu dan mungkin esok  kamu yang akan lebih mencintai ketika dia telah pergi. Jangan pernah sia-siakan cinta yang sekarang ini mengisi hatimu. "Aku tidak perlu berpidato untuk menyatakan rasa cintaku.  Cukup sekadar hati memahami."

Don't Cry

As Salam, Don't cry for a man who's left you, the next one may fall for your smile. Don't cry because it's over. But smile because it happened. Don't cry when the sun is gone, because the tears won't let you see the stars. Don't cry over the pass, its gone. Don't cry for anyone who won't cry for you and don't fight for anyone who won't fight for you. Don't cry for anyone because they are not fit for your tears. The one who's fit for your tears will not allow you to cry. Don't cry because of one person. There are sill over seven billion people to smile about. Don't cry, dear heart.. I know, you're trying your hardest. People cry not because they're weak. It's because they've been strong for too long.

Kemanisan sebuah ujian

As Salam, Di setiap kelebihan, dititipkan setiap  kekurangan, Di setiap kelemahan, telah dititipkan sebuah kekuatan, Di setiap dukacita, telah dititipkan sebuah senyuman, Di setiap keraguan, telah dititipkan sebuah harapan. Apabila kita telah redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu kepada sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan. Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Namun, Dia akan memberi pelangi di setiap badai, senyuman disetiap air mata, berkah disetiap cubaan dan jawapan di setiap doa. Kita telah diuji dengan sedikit kepahitan untuk merasai sejuta kemanisan. Kadang kala kepahitan yang dirasai tidak dapat diertikan dengan hanya kata-kata. Kerana bila hati dilukai, perasaan dikhianati, jiwa akan menyendiri. Tika itu, kita akan merasakan betapa keseorangan, tiada hala tuju, hilang segala semangat kerana seolah-olah takdir mempermainka...

Kita Saling Melengkapi

Image
As Salam,  Sy sangat suka dengan ayat saling melengkapi. Ye, kerana saling melengkapi itu adalah lebih baik. Ada di antara kita yang leka mencari sesuatu yang terlalu sempurna dan hanya mengimpikan keindahan luaran semata-mata. Bahagia bukan pada luaran, tapi bahagia di rasai dalam hati. Ada juga diantara kita yang menjadikan sesuatu perkara sebagai ukuran kebahagian. Kerjaya, pelajaran dijadikan alat pengukur untuk menentukan kebahagian kehidupan?? Betapa khilafnya mereka. Tidakkah mereka mengetahui kebahagian diperolehi melalui ketenangan jiwa, keindahan akhlak dan keberkatan dariNya?  Kadang-kala status dijadikan pegangan, gelaran seseorang dijadikan sandaran untuk mencari pasangan hidup. Apakah itu semua menjanjikan kemanisan dalam perhubungan? Apakah dengan gaji si isteri tinggi, gaji suami melimpah ruah menentukan keharmonian perhubungan Apakah duit mampu membeli kebahagian? Konon2nya, jika belajar tinggi2 sampai degree, master mahupun Phd akan saling melengk...

Bila cemburu

Image
As Salam, Hahh..tengok nih. Sape yang paling kuat cemburu sebenarnya ye??!! Cemburu seringkali menhiasi sebuah perhubungan. Andaikan sebuah perhubungan tanpa cemburu, diibaratkan rasanya gulai ayam tanpa perencah dan ayam bbq tanpa sos bbq.Hikhik.. Tapi jangan pulan cemburu buta. Yang tu dah terlebih perencah gamaknya ye!

Pilihan!!

Image
As Salam, Orang cakap perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi,  Orang cakap perempuan tak kerja pun tak ape, Orang cakap kalau perempuan kerja besar, gaji banyak2 pun, last2 dapur jugak tempatnya.. Tapi orang lupa..belajar dan kerjaya itulah yang akan membezakan dapur mereka sama ada kecik ataupun besar. Kan? Bukan nak memilih, bukan jugak nak demand tak tentu pasal. Tapi sekiranya peluang dan pilihan itu ada didepan mata, apa salahnya memilih yang paling terbaik kan? Wanita sekarang perlu berdikari, bukan untuk kesenangan orang lain, bukan untuk mencari kemewahan tapi untuk meneruskan kehidupan. Jangan hanya berharap kepada orang lelaki sahaja, at least kita patut ada inisiatif sendiri untuk maju dan ke hadapan.  Mereka cakap perempuan tak perlu nak belajar tinggi-tinggi, tak perlu cari kerja yang gaji banyak. Cukuplah sekadar husband yang kerja, cari nafkah. Ya, itu betul. Tak dapat dinafikan. Tapi masa depan, tiada siapa yang boleh ram...

Hope

Image
LEARN from yesterday.. LIVE for today.. HOPE for tomorrow..

Hargai..

Image
As Salam everyone, Time online tadi terjumpa satu quote yang menarik untuk dikongsi: "Walau dengan siapa pun Allah jodohkan kita, bersyukurlah dengan KELEBIHAN dan bersabarlah dengan KEKURANGANNYA" Uhhh..tacink juga ayat ini. Bila direnungkan balik, betul jugak apa yang disebut. Bila kita berpasangan, kelebihan adalah satu bonus dan kekurangan adalah sesuatu yang seharusnya dan semestinya kita terima. Manusia kan, mana ada yang sempurna. Nak hadapi kekurangan yang ada, amatlah menuntut kesabaran yang jitu!! Uissh..kadang2 geram jugak rasanya. But, this is life. Kita sendiri pun bukanlah sesempurna sangat.  Jadi, bagi yang berpasangan, janganlah menyimpan harapan setinggi KLCC nak merubah pasangan kita mengikut acuan dan citarasa kita sendiri. Bila kita menerima si dia, bermakna kita menerima kelemahan dan kekurangan yang ada. Kan kelemahan itu akan tertutup dengan kelebihan yang ada pada kita. Kalau nak cari seseorang yang sempurna, ke kaki langit pun belum tentu...

Dream

When you touch someone with your spirit,  and in turn they touch your soul with their heart. May you follow your dreams and always believe in yourself,  Keep your eyes on the stars and hope in your heart.

Pertemuan Terindah

Image
Assalamualaikum..Hai Sunshine!! Dalam kehidupan ini, pertemuan dan perpisahan sering kali terjadi. Mana mungkin kita dapat elakkan. Setiap pertemuan pastinya ada perpisahan, cuma yang berbeza perpisahan sementara atau perpisahan hakiki. Dalam dunia ini sudah tercatit setiap satunya berpasang-pasangan. Pertemuan diibaratkan sunshine yang menyinar sedangkan bulan yang gempita di ibaratkan sebuah perpisahan.  Ada kalanya, sebuah perpisahan mengajar kita erti sebuah perhubungan dan pertalian. Ada yang kata, bila sudah berpisah, baru mengenal erti rindu dan sayang. Bila ada depan mata, asyik buat tak nampak je kan..^^, Mungkin kita tak kan pernah menghargai hangatnya mentari jika malam tidak pernah menyelimuti semesta. Mungkin jua kita takkan pernah merasakan manisnya purnama bulan jika menteri selalu bersinar terang. Begitulah kehidupan. Bagi saya, pertemuan yang terindah adalah pertemuan yang tanpa dirancang  dimana langkahan kaki kita yang membawa kita kepadanya. S...

Spontaneous Thursday

Image
Word: Opsss!! ^_^ ..Takkan kau rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa..

Jika Bersedih

Jika bersedih pandanglah ke dada langit, ingatlah Allah itu ada.. Jika jiwamu keresahan renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah yang mecipta hati.. Jika di saat dirimu berputus asa, lihatlh air sungai yg terus mngalir walau dihalang oleh batuan keras.. Jika dirimu kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah pada Allah Maha Berkuasa.. Jika hidupmu rasa tersisih lihatlah purnama dimalam sepi,  yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri., Jika segalanya tidak pasti, maka serahkanlah pada Dia Yang Maha Mengetahui yang tersurat mahupun yang tersirat. Dihujung sana, Insyallah akan diketemui jawapan yang pasti..

Kekasih Halal ^_^

Image
Kadang-kadang kata hati itu tidak perlu dilafaz.. Kadang-kadang kata hati itu terukir dengan hanya sekeping gambar.. ^_^ p/s: Aku hanya ingin CINTA yang halal..

Tuhan..Berikan Aku Cinta..

Tuhan, Berikan Aku Cinta.. Walau aku senyum bukan bererti, Aku selalu bahagia dalam hari, Ada yang tak ada di hati ini, Di jiwa ini hampa. Ku bertemu sang adam di simpang hidupku, Mungkin akan ada cerita cinta, Namun ada saja cubaan hidup, Seakan aku hina. Tuhan, berikanlah aku cinta, Untuk temaniku dalam sepi, Tangkap aku dalam terang-Mu, Biarkanlah aku punya cinta. Tuhan berikanlah aku cinta, Aku juga berhak bahagia, Berikan restu dan halal-Mu, Tuhan beri aku cinta. Tuhan berikanlah aku cinta, Untuk temaniku dalam sepi, Tangkap aku dalam terang-Mu, Biarkanlah aku punya cinta..

Impian..

Image
Saya bukanlah wanita berparas jelita.. Saya bukanlah wanita yang kaya harta.. Saya juga bukanlah wanita yang punya takhta.. Saya wanita apa adanya..Saya tidak sedermawan Khadijah.. Saya tidak setegar Fatimah..Saya tidak sepintar Aisyah.. Saya wanita apa adanya.. Saya hanya seorang wanita yang menginginkan kesederhanaan cinta.. Saya tidak menilai rupa..saya tidak menilai harta.. Saya tidak menilai takhta..saya hanya ingin cinta yang sederhana... Aku sering memasang angan untuk membina istana indah.  Dia sebagai RAJA dan aku sebagai RATU.  Biarpun istana itu hanyalah pondok kecil, aku tau bahagia akan ada disitu.  Yang dinanti bukanlah lamaran dengan batu permata, cukuplah akad dan janji yang setia. .