Sebuah Pengharapan


Assalamualaikum..

Holla moon..Hari nie kat KB redup je..Hujan renyai-renyai. Biasalah, bulan December kan. Bulan air! Lagi 3 hari lagi kita akan berganjak ke tahun baru, 2012..Excited! 

Cepat jer rasa masa berlalu. Rasanya macam berada di awal2 tahun 2011. Masa berlalu meninggalkan kita begitu saje. Kadang-kadang nak jer kita berpatah balik pada masa lalu, membetulkan apa yang silap dan membenarkan apa yang salah. Tapi, masa tidak boleh di undur lagi walau apa cara sekalipun..Masa silam adalah sejarah, masa kini adalah nyata dan masa depan adalah harapan.

Kadang-kadang kita rasa sangat letih dalam menempuhi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran. Betapa besar dan kuatnya dugaan yang diberikan dalam melayari sebuah kehidupan. Ramai yang merungut, menyesali apabila berdepan dengan masalah hidup. Tidak dapat dinafikan, kadang- kala dalam perjuangan menempuhi sebuah perjalanan, diri terasa sangat lemah, terasa tidak berdaya. Tapi dalam pada itu, kita mesti ingat, sebesar mana dugaan yang kita hadapi, ada lagi insan lain yang menempuhi kehidupan dengan penuh kepayahan dan penderitaan. Sekiranya kita menderita dan kesedihan kerna kehilangan kekasih hati, cuba bayangkan seorang wanita yang kehilangan suami terpaksa membesarkan anak seorang diri. Jika dibandingkan dengan ujian yang diberikan kita, apalah nilainya dibandingkan tuntutan pengorbanan yang perlu dilalui oleh orang lain. 

Bersabar dan bersyukur adalah sangat dituntut dalam melayari sisa-sisa hidup. Orang yang bersyukur akan terasa amat bahagia manakala orang yang selalu merungut tidak akan pernah merasa bahagia. Hatinya tidak akan pernah bersyukur dan bergembira di atas apa yang dimiliki, jadi macam mana dia ingin bahagia. Orang yang bersyukur lebih tinggi darjtanya dari orang yang bersabar.

Semoga kita akan menjadi insan yang lebih kuat dan tabah dalam kehidupan selepas ini. Semoga tahun 2012 membawa sejuta pengharapan dan kebahagian kepada kita. Teruskan kehidupan dengan berani, jangan berpaling melihat kedukaan. Jadikan lah kedukaan itu salah satu episod cerita hidup kita. Insyallah, satu masa, kita akan mampu tersenyum dan menoleh, episod itu telah lama berlalu dalam hidupku. Terima kasih di atas kehidupan yang cukup berharga ini, Ya Rabbi..


Selamat Tahun Baru..!!





Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market