Sunday, September 23, 2012

Hargai..

As Salam everyone,

Time online tadi terjumpa satu quote yang menarik untuk dikongsi:

"Walau dengan siapa pun Allah jodohkan kita, bersyukurlah dengan KELEBIHAN dan bersabarlah dengan KEKURANGANNYA"

Uhhh..tacink juga ayat ini. Bila direnungkan balik, betul jugak apa yang disebut. Bila kita berpasangan, kelebihan adalah satu bonus dan kekurangan adalah sesuatu yang seharusnya dan semestinya kita terima. Manusia kan, mana ada yang sempurna.

Nak hadapi kekurangan yang ada, amatlah menuntut kesabaran yang jitu!! Uissh..kadang2 geram jugak rasanya. But, this is life. Kita sendiri pun bukanlah sesempurna sangat.  Jadi, bagi yang berpasangan, janganlah menyimpan harapan setinggi KLCC nak merubah pasangan kita mengikut acuan dan citarasa kita sendiri. Bila kita menerima si dia, bermakna kita menerima kelemahan dan kekurangan yang ada. Kan kelemahan itu akan tertutup dengan kelebihan yang ada pada kita. Kalau nak cari seseorang yang sempurna, ke kaki langit pun belum tentu jumpa. 

Menghargai apa yang ada didepan mata lebih bererti dari mengejar sesuatu yang belum tentu menjadi milik kita.

Kalau Adam dijadikan untuk Hawanya, sudah semestinya kelebihan dijadikan beserta kekurangannya. Kan? 


No comments:

Post a Comment