Pilihan!!

As Salam,

Orang cakap perempuan tak perlu belajar tinggi-tinggi, 
Orang cakap perempuan tak kerja pun tak ape,
Orang cakap kalau perempuan kerja besar, gaji banyak2 pun, last2 dapur jugak tempatnya..

Tapi orang lupa..belajar dan kerjaya itulah yang akan membezakan dapur mereka
sama ada kecik ataupun besar.

Kan?



Bukan nak memilih, bukan jugak nak demand tak tentu pasal. Tapi sekiranya peluang dan pilihan itu ada didepan mata, apa salahnya memilih yang paling terbaik kan?

Wanita sekarang perlu berdikari, bukan untuk kesenangan orang lain, bukan untuk mencari kemewahan tapi untuk meneruskan kehidupan. Jangan hanya berharap kepada orang lelaki sahaja, at least kita patut ada inisiatif sendiri untuk maju dan ke hadapan. 

Mereka cakap perempuan tak perlu nak belajar tinggi-tinggi, tak perlu cari kerja yang gaji banyak. Cukuplah sekadar husband yang kerja, cari nafkah. Ya, itu betul. Tak dapat dinafikan. Tapi masa depan, tiada siapa yang boleh ramalkan. Sekiranya terjadi sesuatu yang tidak diingini berlaku, pada masa tu kepada siapa kita harus tuju? Macam mana kehidupan seterusnya? Pada siapa kita harus meminta? Sekurang-kurangnya dengan pendapatan yang ada walaupun tidak seberapa, tapi kita tahu kita masih boleh menyara kehidupan sendiri. 


Saje nak share.. hehe..


Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market