Kemanisan sebuah ujian

As Salam,

Di setiap kelebihan, dititipkan setiap  kekurangan,
Di setiap kelemahan, telah dititipkan sebuah kekuatan,
Di setiap dukacita, telah dititipkan sebuah senyuman,
Di setiap keraguan, telah dititipkan sebuah harapan.

Apabila kita telah redha pada sesuatu yang mengecewakan hati kita, maka percayalah Allah akan menggantikan kekecewaan itu kepada sesuatu yang tidak pernah kita jangkakan. Allah tidak pernah menjanjikan bahawa langit itu selalu biru, bunga selalu mekar dan mentari selalu bersinar. Namun, Dia akan memberi pelangi di setiap badai, senyuman disetiap air mata, berkah disetiap cubaan dan jawapan di setiap doa.

Kita telah diuji dengan sedikit kepahitan untuk merasai sejuta kemanisan. Kadang kala kepahitan yang dirasai tidak dapat diertikan dengan hanya kata-kata. Kerana bila hati dilukai, perasaan dikhianati, jiwa akan menyendiri. Tika itu, kita akan merasakan betapa keseorangan, tiada hala tuju, hilang segala semangat kerana seolah-olah takdir mempermainkan kita. Kita juga sering lupa, kadang kala Allah sengaja memberi kita kesakitan, kesunyian dan keseorangan kerana Dia rindu mendengar tangisan kita, mengadu dan bersujud kepadaNya. Ya, kadang kala kita selalu lupa cinta untukNya kerana terlalu mengejar cinta insani.

Setiap yang berlaku semua hikmahnya. Tiada apa pun yang berlaku walau sebesar zarah tiada penyebabnya. Cuma kita yang selalu alpa. Sampai masanya, kita hanya sedar dan bersyukur kenapa ianya berlaku. Indahnya percaturan takdir Ilahi. Dia lebih mengetahui.

Pada suatu masa, Allah berjanji semua itu akan indah bila tiba waktunya. Dan ya, ianya pasti berlaku. Syukur alhamdullilah, diri ini telah diberi peluang untuk merasai kemanisan sebuah ujian.

Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market