Tuesday, December 11, 2012

Kita Saling Melengkapi

As Salam, 

Sy sangat suka dengan ayat saling melengkapi. Ye, kerana saling melengkapi itu adalah lebih baik. Ada di antara kita yang leka mencari sesuatu yang terlalu sempurna dan hanya mengimpikan keindahan luaran semata-mata. Bahagia bukan pada luaran, tapi bahagia di rasai dalam hati.

Ada juga diantara kita yang menjadikan sesuatu perkara sebagai ukuran kebahagian. Kerjaya, pelajaran dijadikan alat pengukur untuk menentukan kebahagian kehidupan?? Betapa khilafnya mereka. Tidakkah mereka mengetahui kebahagian diperolehi melalui ketenangan jiwa, keindahan akhlak dan keberkatan dariNya? 

Kadang-kala status dijadikan pegangan, gelaran seseorang dijadikan sandaran untuk mencari pasangan hidup. Apakah itu semua menjanjikan kemanisan dalam perhubungan? Apakah dengan gaji si isteri tinggi, gaji suami melimpah ruah menentukan keharmonian perhubungan Apakah duit mampu membeli kebahagian? Konon2nya, jika belajar tinggi2 sampai degree, master mahupun Phd akan saling melengkapi dengan luahan pendapat dan fikiran yang sama? Jika ini yang menjadi ukuran, sungguh jauh tersimpang siur. Jangan anggap mereka yang berpelajaran rendah tiada pendapat yang bernas, tidak mampu menerajui sebuah perhubungan. Kadang-kadang terdapat mereka yang berpelajaran tinggi, tidak mampu untuk membuat keputusan untuk diri sendiri dan hanya mengikut telunjuk orang sahaja.

Ramai orang terutama lelaki pada masa kini yang mencari pasangan berdasarkan pegangan dan status semata-mata. Rasanya mungkin mereka lupa agaknya yang wajib mencari nafkah adalah kaum Adam bukan kaum Hawa. Perhubungan yang dibina dileraikan atas alasan perempuan itu tidak mempunyai status yang layak untuk dipinang yakni dari segi pelajaran, kerjaya mahupun gelaran yang ada. Sungguh cetek dan jahil. Wahai kaum Hawa, sekiranya mereka ini yang menjadi pilihan kamu, seeloknya fikirlah sekali lagi. Sudah tentu terdetik dalam hati kecil " Dia nak menikah dengan aku kerana diri ku sendiri atau pun kerana status?". Fikir dan fikirlah. Tak mustahil satu masa kelak dia akan meninggalkanmu apabila berjumpa dengan orang yang lebih tinggi statusnya. Dan pernah kah kamu terfikir, lelaki beginikah yang menjadi pilihan? Tepuk dada tanya iman.

Semua orang inginkan kesempurnaan. Semua orang inginkan keindahan. Tapi mana mungkin ada yang sempurna melainkan Nabi S.A.W. Allah telah menjadikan mereka melengkapi di antara satu sama lain.Tugas kita hanyalah mencari dan memilih, yang lain serahkan kepadaNya. Kerana hanya Dia yang lebih tahu.

Pertarungan kehidupan ini tak kan pernah berakhir. Redha, pasrah dan ikhlas adalah jalan yang terbaik.




6 comments:

  1. Assalamualaikum n salam kenal

    Alhamdulillah syukur...

    nugrul datang nak gtaw yg akak adalah follower yg bertuah...rujuk sini

    http://nugrulsakura.blogspot.com/2012/10/pencarian-follower-yang-ke-200-adakah.html

    Boleh bagi detail nama,alamat n no tel untuk penghantarn hadiah, sila emel di nugrulsakura@gmail.com atau add fb https://www.facebook.com/nugrulfarah

    Tahniah and TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm dan salam kenalan,

      Thanks banyak3 ye nugrul. Nanti akak emailkan sekejap lagi.. ^__^

      Delete
  2. salam kenal . TQ follow KA. KA dah follow balik ye 131

    ReplyDelete
  3. hi...dtg membuat kunjungan balas...

    ReplyDelete