Apa lelaki patut tahu pasal perempuan!

Assalamualaikum dan hai!


--> Kalau perempuan tengah merajuk, jangan plak buat dek jer. Pandai2 la tackle untuk pujuk balik. Ni tak, time orang merajuk, dia plak yang sibuk2 nak merajuk. Ape hal? Be a gentleman la, guys. Bukannya susah nak pujuk, bagi ayat jiwang sedas dua, belanja ais kerim ke, buat lawak yang tak brapa nak lawak ke. Tak susah pun nak tackle hati perempuan!


--> Kalau korang tak call maknanya korang memang tak peduli dan tak kisah pasal kitorang nih tau! Bukan nak suruh call berjam jam, at least call la untuk tanya khabar. Jangan la berkira sangat kredit tuh. Kan orang lain masuk line baru nak gelabah!


--> Part cemburu memang tak boleh blah. Memang la di akui cemburu tu tanda sayang. Tapi kalau bercakap dengan member pun cakap kita nak menggedik, memang cari nahas weh! Ingat sikit, cemburu perempuan pun tak kurang over jugak ye! So, beware!!


-->Walaupun kadang-kadang korang suka sakitkan hati kami orang perempuan ni, buat sakit hati tahap dewa dewi, sampai kadang-kadang benda yang memang tak leh nak pikir dek akal betapa sakitnya hati nih, tapi percayalah jauh dari sudut hati kitorang, still lagih ada perasaan sayang tau. Betapa mulus dan suci nye hari kami2 nih. Tapi jangan plak sengaja nak sakitkan hati, kan tak pasal2 "TER"berubah hati plak. Baru la nak melopong! Please, don't hurt our heart or you're the one who will be hurt!



--> Yang nie memang rasa urkkkkkk! Tak boleh nak gambarkan laa. Please la pleaseeee jangan nak jadi sensitip tak bertempat ye! Asyik nak merajuk tak kira masa. Tak boleh nak silap sikit, mula la nak muncung mulut mengalahkan mulut itik! Eii..you'll tu kan lelaki. Be a macho la..tak cool la sikit2 nak merajuk tak bertempat nih. Kadang kadang boleh la diterima otak ni, tapi kalau dah selalu tu memang naik rimas tau tak! Mengada kalahkan perempuan je. Tak malu ke?


-->Part ni dinasihatkan awal2 jangan sesekali nak cuba ye! Korang jangan sesekali terpikir atau terberangan nak tipu perempuan walau sikit pun! Orang perempuan nie memang ada sixth sense, cam tau2 je kalau pakwe/tunang/laki ke tipu dorang. Masa tu, tak payah nak explain panjang-panjang la, memang tak ada orang nak percaya dah. Kalau tak caya, try la tengok! Tapi, jangan menyesal ye!


-->Jangan bergaduh dengan kitorang! Korang tak kan menang punye! Trust me!!


-->Jangan banyak nak komplen time teman kami shopping ye! Shopping di ibarat terapi minda jiwa raga untuk orang perempuan! Setakat survey duapoloh-tigapuloh kedai tu small matter jer untuk kami.So, senyap2 je time pergi shopping. Jangan nak mengada ajak balik awal.


-->Time korang duk jalan2 dengan makwe/tunang/wifey tu jangan nak mengade plak duk puji orang lain yang lebih cun depan korang. Tak kesah la secantik mana pun, senyap2 sudah. Time nie jangan duk practise sharing is caring! Ini cari nahas namanya. 


--> Secara puratanya, 99.99999%, BFF kitorang tahu pasal korang! Ahakz!


--> Jangan sesekali korang lupa tarikh birthday@anniversary@@@ yang dirasakan terlampau penting untuk kami2 ye! Kalau tak, korang memang menempah mauttttttttt!


--> Sesekali buat la suprise, bagi present ke apa ke. Bukannya apa, at least orang perempuan akan fikir betapa nya diri dihargai. Bukan nak minta hadiah beribu riban, paket cokelat cadbery dengan riben pun okeiy apa. Jangan la nak kedekut@berkira sangat ye. Tak rugi pun, demi yang tersayang. Ye dok?



Jika ianya sebuah cinta, ia tidak terucap dengan kata-kata. Ianya hadir dengan sinar mata. 
Jika ianya cinta, ia tidak perlu menyakitkan, namun perlu melindungi. 
Jika ianya cinta, ia tidak hadir tanpa dipinta namun hadirnya di atas nama ketentuan. 
Jika ianya cinta, kenapa perlu berduka hati? 
Jika ianya sebuah cinta, sayangi dan kasihi lah seadanya..
Jika ianya sebuah cinta.....


Comments

  1. cik rina... merajuk ngan buah hati ke... cik rina ni cantik.. bila cik rina nak kawin... salam kenalan dari saya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak ada merajuk la ..saje nak share info ni.. :)

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market