Kursus di Agro Resort Setiu : Day 1

Assalamualaikum dan hai..

Awal bulan dec hari tu, sy kena attend satu kursus..
mula2 tu malas nak pergi sebab hari weekend..
tapi bila akak tu cakap nak kursus kat luar, terus je setuju!
see, tempat kursus memang memainkan peranan penting! haha
Kursus kali ni kat Agro Resort, Setiu Terengganu..
Last kursus kat luar tahun lepas iaitu kat kedah..
boleh klik SINI
Actually, ni second trip sy ke Agro Resort..
First trip dulu tahun 1993 @ darjah 3..haha.
memori daun pisang tu!
We'll kursus transformasi minda, saje nak buat jauh2..bagi transform habis gitu..
tapi tak tertransform2 pun! huahua


Naik bas ke sana. tapi ada jugak yg drive sendiri, that's why la ada seat kosong, harus la berselfie sekejap cuma..orang kata, kenangannn..kenangan naik bas ke apa?!


Okeiy, dah sampai pun!!
Lebih kurang perjalanan dari usm sejam lebih. pak cik bawak bas slow motion je..


We'll jalan kaki je untuk ke tempat register..sambil2 tu boleh tengok taman herba dan taman haiwan yang ada kat sini. Time ni baru lepas hujan, jadi tanah basah lagi.


 Taman haiwan. Kalau zoom besar2, boleh nampak ada burung kat dalam sanggar.
mana? mana? mana??



Yang ni plak taman herba. banyak jugak herba-herba tradisional kat sini.
siap boleh beli terus untuk bawak balik. harga tak mahal pun, lebih kurang rm10, ada yg less dari rm10..
depends atas herba la..







 Yang ni herba duri tujuh. Harga dalam RM5-6 je..
Khasiat banyakk, tapi sy tak ingat apa yang pak cik tu cakap..duk sibuk ambik gambar je..haha


Herba sambung nyawa! bukan nyawa2 ikan ye!




Feeling2 kat oversea gituuuu...






Depan bahagian pendaftaran..





 Yang ni pun tempat register jugak..sebelah tempat makan..view menghadap tasik.
memang cun gila! sekeliling ni ada tasik. siap boleh bagi ikan makan lagi dari atas. 
ikan kat sini bukan macam yg kat super market..besar gila!! 



Sy sebilik dengan Ms Ang. Ms Ang ni very sempoi tau. Best kenal dengan dia..
hehe..nak cari bilik satu hal, boleh sesat dalam ni. besar tempat ni wooo



Kat depan sebelah kiri kanan tasik. Then kat batu2 tinggi tu, swimming pool.
Lucky us, bilik kami memang pool view!! cun la!



Dari beranda bilik sebelah kanan



view dari sebelah kiri bilik plak. memang awesome la.chalet we'll dalam tasik.

We'll diberi masa untuk rest, lunch and solat dulu sebelum mula program..
Lepas lunch, terus ajak miss ang keluar merayau kawasan resort ni.
rasa macam rugi plak kalau duk terperap je kat bilik kan..
tambahan lagi program kami pack sampai esoknya..
so, kami keluar merayap berdua je..
yang lain, buat sesi layan perasaan kat bilik..haha




Masa lalu kat tempat register, ternampak sign boar untuk sewa basikal..

apa lagi, laju-laju je nak book..
kebetulan plak, time ni basikal ada dua..
bayar sewa basikal dalam rm5 per sejam..
miss ang yg belanja! hehehe..




nasib baik hari tu tak hujan, mendung je..
tapi badan habis berpeluh jugak duk kayuh basikal atas bukit ni.
habis semua tempat singgah ambik gambar..haha..
dalam jam 4pm, our program started..
and you know what, we'll dibahagikan group untuk berkayak plak on 5pm..
excited! tapi tak reti nak berkayak..
last naik cano ni pun masa form 4-5 dulu2..
and actually it's a tournament! Sy group dengan abg elias..
fuhhh...nasib baik jugak sebab a.elias ni terror berkayak..


hahhh, tu diaa..me yg jakun naik kayak duk kat depan..haha..
nasib la a.elias dapat sy jadi partner..
nak berkayak pun ada skill tau.. 
yg mana reti @ mahir kemudi, kena duk kat belakang..
yg jakun macam sy ni, duk kat depan je..
kira tolong tengok pokok je takut terlanggar..hahaha..


Ada dalam 11 group yang bertanding..
and know something??
we won for second place!!
haha..percaya tak percaya tak!!
Then, we'll balik ke chalet masing2 untuk rest, mandi, solat dan makan..


Malam hari for first day pun ada program jugak..
ceramah berkenaan dengan integriti..
speaker sangat sempoi..lupa dah nama..hihi..


memang tangan tak bagi kerjasama langsung la even duk dengar ceramah sekalipun..
nak jugak conteng kertas..tabiat azali! adeiiiii...
then, around 10.30++, we'll zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....
letihhhhhhhh.....

p/s: since entry ni panjang berjela, kena buat part 2 plakk..stay tuned, peeps!




Comments

  1. huhuhu mujur buat2 tawar ko dio..leh la baca review sal agro..heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..lain kali buat kt langkawin plop la kak sa dehhhh!! hihi..

      Delete
  2. Replies
    1. hehe..best2 sangat..tp gerun takut jatuh dlm air..hehe

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market