Resepi: Puding Triffle

Assalamualaikum dan hai..

Minggu lepas sy buat puding triffle.
Special request by hubby
Ingatkan nak buat kek, tapi hubby tak nak
request nak puding triffle plak..
hehe..apa lagi..start google mengoogle la macam mana nak buat
rupanya tak susah pun nak buat puding triffle ni
cuma banyak sikit la kena beli bahan-bahan
kalau buat dadih tu simple je kan

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Swiss Roll satu kotak
  • 1 kotak kristal jelly
  • tepung kastard
  • 1 tin susu cair
  • 1 tin besar fruit cocktail 
  • Air- sukat 1 tin susu cair
  • Last...gula!

Cara-cara nak buat:

Langkah 1:
  • Swiss roll dipotong..sederhana saje, jangan nipis sangat 
  • Susun potongan swiss roll tadi dalam bekas yang nak buat triffle nanti (guna bekas kaca yang lebar, nampak comel je lepas siap..colourful tau)
  • Swiss roll tu susun rapat-rapat tau
  • Lepas tu, renjiskan sedikit air cocktail (air sahaja tanpa buah) ke atas swiss roll..biar air buah mendap dalam kek sama..moist gitu
  • Then, put aside
Langkah 2:
  • Gunakan bekas lain..mangkuk besar pun boleh
  • Masukkan 3 sudu besar tepung kastard
  • Tuangkan 1 tin susu cair
  • Masukkan air menggunakan tin susu cair yang sama
  • Then, kacai-kacau bagi sebati tepung dengan campuran air dan susu cair
  • Lepas dah sebati, masukkan ke dalam periuk dan panaskan
  • Buka api slow-slow je tau..
  • Masukkan pula 3 sudu gula besar
  • Sentiasa kacau adunan..sehingga adunan menjadi pekat
  • Lebih kurang 5-10 minit ..lenguh jugak tangan nak mengacau je..nanti adunan akan jadi pekat dan berat..kacau sampai  ke permukaan tau

Langkah 3:
  • Tuangkan adunan (langkah 2) tadi ke atas lapisan swiss roll yang dipotong comel-comel tadi
  • Kena tuang cepat-cepat tau..kalau lambat, cepat beku plak..tak cantik dah
  • Ratakan sehinga seluruh permukaan..kasi licin sikit..hehe

Langkah 4:
  • Untuk lapisan yang ketiga, taburkan fruit cocktail
  • Jangan tuang sekali dengan air fruit cocktail tau..nak lebih secure, asingkan terus air dengan buah
  • Ratakan buah-buah cocktail sehingga menutupi lapisan kedua..depends la nak letak banyak ke sikit buah cocktail tu..me suka letak banyak..hehe

Langkah 5:
  • Untuk lapisan keempat @ lapisan teratas, kita sediakan jelyy plak. Guna jelly segera saje, kristal jelly nona..yang tu memang famous dan best..
  • Masukkan 400ml air ke dalam periuk (arahan untuk buat jelly ada di kotak bahagian belakang)
  • Kemudian masukkan 1 kotak kristal jelly ke dalam air yang dipanaskan tadi
  • Kacau sehingga campuran jelly itu larut..lebih kurang 5 minit saje
  • Tutup api bila jelly dah larut
  • Tuangkan cecair jelly ke atas lapisan buah-buah cocktail tadi
  • Biarkan sejuk dahulu di bawah kipas sebelum masukkan ke dalam peti sejuk selama 1-3 jam
  • Dah hasilnya 
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Hehe..sy buat banyak bekas sebab hubby nak bawak pergi ofis sekali..dan satu bekas untuk kakak nak bawak balik..hihi
Nampak tak kesedapan puding triffle Chef Rina kat situ? huahuahua

Selamat mencuba!!

p/s: suka sangat bila hubby cakap sedap! sumber inspirasi makanan..haha



Comments

Popular posts from this blog

Projek buat dadih

Nasi lemak

Date at Manhattan Fish Market