Posts

Showing posts from 2014

Gold Cost Morib Resort

Image
Trailer...... - - - - - Inshallah, akan bercuti ke sini bersama family in law next month.. tak sabar rasanya ..excited!

Date at Manhattan Fish Market

Image
Hari ni nak update cerita makan-makan kat Manhattan Fish Market Kat KL? No no no.. This is kota bharu okeiyh! hahh..kelass gitu kat kota bharu pun dah ada manhattan fish uoulss..haha dah lama ajak hubby makan kat sini, selalu tertangguh je hubby cakap kalau nak makan kat sini kena make sure perut memang lapar gile  sebab berbaloi makan kat sini nanti..haha perut kite jenis yang mudah cepat kenyang..*sobsob so..lepas balik kerja khamis yang tak ingat date bila ajak hubby keluar dating ke sini lepas maghrib terus keluar, kot-kot jem ke apa jem la sangat kat kota bharu ni..haha bajet key elll okeiyh  Manhattan Fish Market Restaurant, KB Mall Kota Bharu Time we'all sampai ni dah ramai orang..satu dua table je masih kosong..nasib baik la cepat, kalau tak, lenguh jugak nak menunggu sorang-sorang siap makan  Hubby punye..tak ingat nama apa dishes ni..grilled chiken kot..kecik je ayam nih. 3 4 kali ngap habis My fish

#throwback AkadNikahRinaSyamil

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, Bukak news feed kat fb 2 3 hari ni penuh gambar orang kahwin bertunang la..kahwin laa.. haha..tapi best sebab dapat tengok kawan2 naik pelamin alhamdullillah, dah sampai jodoh masing-masing yang mana masih menunggu, bersabar dan berdoa ye Inshallah, jodoh tu pasti ada cuma masa belum tiba lagi :) nak tepek-tepek gambar akad nikah kite sikit la buat #throwback katakan.hehe Ya Allah, Sekiranya suamiku ini adalah pilihan mu di Arash Berikalah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suamiku ini adalah bidadara untukku di Jannah Mu Limpahlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suamiku ini adalah yang terbaik untukku diduniamu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari

Bangkitlah Diri

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Penyayang, Diri tidak sekuat yang disangka Sangkaan diri amat la kuat untuk hadapi segala percubaan hidup sangkaan diri amatlah tabah bagi menelan segala yang terjadi namun, bila diri dipilih oleh Maha Pencipta untuk diuji, barula terasa betapa kerdilnya diri betapa lemahnya diri oh diri..kenapa begitu lemah engkau hadapi setiap dugaan mengapa tidak sandarkan segala kepercayaan kepada Maha Pencipta mengapa selalu merugut tidak sabar menempuh dugaan selalu hilang pertimbangan oh diri..lupakah engkau pada Dia yang memberikan segala nikmat secebis dugaan membuatkan hatimu terus rapuh menyembah bumi oh diri,,janganlah engkau berputus asa bangun dan bangkitlah walaupun terpaksa berjalan di atas duri yang menikam kuatkan hati mu..bersangka baiklah kepada Nya siapa la kita ..hanya hamba yang penuh dengan dosa dan nista panjatkanlah doa kepada Dia yang Maha Esa setiap ujian adal

Tok Aman Bali

Image
Assalamualaikum dan hai.. Settle sudah  booking Tok Aman Bali untuk weekend nanti.. Tak sabar plak rasanya nak jejak kaki kat sini Semoga perjalanan kami pergi dan pulang dengan selamat.. p/s: Honeymoon lagi

Kau satu-satunya

Image
Siapalah diri aku ini Tanpamu dunia ku pasti tak berseri Dan hidup tak menjadi Kau bagiku satu-satunya Padamulah ku meminta, ku bermanja Ku rindui, ku kasihi Di hatiku kau abadi Dengan sinaran kasihmu Kian terancang hidupku Tiada lagi keraguan Kau bagiku kekuatan Mana jua kau berada Ditemani cahaya cinta Sejak dirimu ku dekati Diri ku ini ku kenali Hanya engkaulah sesungguhnya Tiada dua Di cermin kaca ku memandang Diri ku serba kekurangan Namun bagimu bukan itu jadi ukuran Melengkapi hidup kita Bukan harta, bukan nama, bukan rupa Kau bagi diriku satu-satunya Ku meminta, ke bermanja Ku rindui, ku kasihi Di hatiku kau abadi..

Resepi: Puding Jagung Kastard

Image
Assalamulaikum dan hai.. Hari ini hari sharing resepi sedunia haha..rajin plak haku nak update belog hari ini siap share resepi bagai..demam ke apa? haha biasalaaa..sejak-sejak jadi bini orang ni kena rajin masuk dapur nak pikat suami kena pikat perut dia dulu..haha tambah-tambah suami tak suka makan kat luar..alahaiii Okeiy, hari selasa lepas rasanya datang mood rajin tahap maksima nak buat puding jagung kastard dah lama nak makan tapi tak terbuat hari itu masa pergi mydin, tergrab sweet corn dalam tin.. *tergrab kah?! so..mula lah tanya pak cik google macam mana nak buat puding jagung kastard So, ni bahan-bahan yg diperlukan: 1 cawan tepung kastard 1 tin jagung (sweet corn) jenis creamy 1 tin susu cair 1 1/2 cawan gula pasir Cara-cara: Bancuh tepung kastard dengan air sehingga sebati Kemudiaan, masukkan semua bahan-bahan lain dan bancut rata- kacau Masukkan adunan tadi ke dalam kuali dan masak dengan menggunakan api kecil (sy prefer guna kuali sebab senang na

Throwback: Kad raya by Adobe Photoshop CS6

Image
Assalamualaikum dan hai.. Ni throwback punye story sebab dah tertunda sebulan lamanya..hihi saje nak share kad raya buatan sendirian berhad sekarang sedang belajar godek-godek Adobe Photoshop CS6 Mula-mula stress jugak nak buat sebab tak reti lagi nak explore adobe ni cuma belajar melalui you tube je hehe..kria pandai jugak la haku nih! haha Hasilnya macam gini la..boleh laaaaa untuk first time adobe photoshop user macam haku nih! Kad raya familyku Kad raya family in law Kad Raya Office Kad Jemputan Majlis Raya office lusa! hehe So, siapa-siapa yang tengah nak belajar adobe tu, dinasihatkan supaya mempunyai tahap kesabaran semaksima mungkin bagi mengelakkan anda membaling komputer ke dinding! haha

Resepi: Puding Triffle

Image
Assalamualaikum dan hai.. Minggu lepas sy buat puding triffle. Special request by hubby Ingatkan nak buat kek, tapi hubby tak nak request nak puding triffle plak.. hehe..apa lagi..start google mengoogle la macam mana nak buat rupanya tak susah pun nak buat puding triffle ni cuma banyak sikit la kena beli bahan-bahan kalau buat dadih tu simple je kan Bahan-bahan yang diperlukan: Swiss Roll satu kotak 1 kotak kristal jelly tepung kastard 1 tin susu cair 1 tin besar fruit cocktail  Air- sukat 1 tin susu cair Last...gula! Cara-cara nak buat: Langkah 1 : Swiss roll dipotong..sederhana saje, jangan nipis sangat  Susun potongan swiss roll tadi dalam bekas yang nak buat triffle nanti (guna bekas kaca yang lebar, nampak comel je lepas siap..colourful tau) Swiss roll tu susun rapat-rapat tau Lepas tu, renjiskan sedikit air cocktail (air sahaja tanpa buah) ke atas swiss roll..biar air buah mendap dalam kek sama..moist gitu Then, put aside Langkah 2: Guna

Projek buat dadih

Image
Assalamualaikum dan hai.. Projek weekend minggu ini ialah buat dadih. Hehe..hubby suka sangat makan ala-ala puding gini.. Minggu lepas sy buat puding triffle dan kek kastard jagung.. nasib baik menjadi.. baru cuba-cuba nak start  buat puding borink la asyik makan kek je kan lagipun sekarang ni musim panas best kalu makan puding-puding gini sejuk la sikit tekak ni Tak sempat nak snap picture masa buat dadih tapi senang je nak buat guna serbuk dadih segera. senang dan cepat siap Bahan-bahan nak buat dadih: 3000ml air kosong (kalau tak ada alat sukatan, boleh guna botol mineral 1.5L untuk sukat (1.5L x 2 botol = 3000 ml) 100 gram gula 1 tin susu cair (390ml @ 400ml) 1 bungkus dadih segera (depends atas fav masing-masing nak perisa apa) Nak masak dadih tak susah. Senang sangat je. Didihkan air dalam periuk bersama dengan susu cair. Selepas mendidih, padamkan api dan campur kandungan dadih tadi. Masukkan gula dan kacau sehingga sebati. Bila dah sebati, tuang dalam

Malas

Image
Assalamualaikum dan hai.. Malas gile nak buat kerja hari ini tahap kemalasan 360%!! hadap pc, makan, menguap, mengantuk, coklat, hadap pc then...mengantukkkk plak uwarghhhh!! mood, please come back!!

Selamat hari raya Aidilfitri

Image
Assalamualaikum dan hai.. Baru sempat nak update belog sejak raya ni banyak yang nak share tapi tak tahu nak start yg mana dulu hehe..but first at all nak wish selamat hari raya maaf zahir dan batin ye.. kosong kosong tau xmo la ada dendam2, tak baik.. (^,^) tahun ni kite beraya kat terengganu jugak next year maybe akan ke kuantan, kampung belah hubby plak raya tahun ni memang lain je rasanya abah...rindu..... lepas solat raya, terus "ziarah" abah.. terubat kerinduan... pagi raya family in law kite datang beraya kat rumah alhamdullilah..happy je rasa.. nak tepek gambar-gambar raya we'all la dulu..peace! second day raya, we'all fly to terengganu.. next entry for next story!

Doa untuk suami

Image
Assalamualaikum dan hai.. Bismillahirahmanirahim.. Ya Allah, berikanlah suamiku kemudahan rezekinya jika letaknya masih jauh maka dekatkanlah jika masih ada di langit maka segera turunkanlah untuknya jika tertahan didasar bumi hanya Engkaulah yang mampu mengeluarkannnya Ya Allah.. berkahilah rezeki yang diperoleh suami hambamu agar membawa kebaikan bagi kami sekeluarga di dunia dan di akhirat.. Aamin..

Jangan Ingat Kita Masih Ada Esok

Image
Assalamualaikum dan hai.. Terdetik nak share satu nukilan yg masuk feed fb Mungkin ianya boleh "membuka" mata kita .. "Malam adalah masa untuk keluarga. Simpan handphone. Jauhkan Ipad. Jika anda lelaki berkahwin, jangan keluar malam. Penuhi masa dengan isteri dan anak-anak. Ini dapat menghalang perkara yang tak sewajarnya. Jika suami isteri sibuk, sentiasa cari masa. Nikmati masa tersebut. Jangan terlalu sibuk/ gila mencari wang kerana mahukan kehidupan yang senang pada masa hadapan,  percayalah rezeki di tangan Allah. Berusaha tapi bukan hingga mengabaikan yang sepatutnya. Sentiasa peluk cium anak-anak,pasangan. Kita tak tahu sama ada itu pelukan/ ciuman terakhir buat mereka. Suami perlu sentiasa telefon isteri, begitulah sebaliknya. Mula-mula mungkin rasa macam rimas, isteri queen control dll..Pedulikan jika kawan menyindir. Kemudian kita akan sedar inilah cara mengikat kasih sayang.  At least cakap "saya meeting". Jangan biarkan panggilan tak berj

Test tangan

Image
Assalamualaikum dan hai Sempat melukis dua keping gambar masa borink kat ofis tadi tangan dah kaku sikit laa dah lama tak lukis kartun-kartun actually, kartun ni remaking karya asal di lukis oleh en mimpi (google) hehe..kite remake ajaaa